Hembusan Baru Muzikal 'Rangga & Cinta' Meminjam Roh Nostalgia Tanpa Memaksa Plagiat

Kebangkitan semula kisah cinta legendaris 'Ada Apa Dengan Cinta?' (2002) dalam bentuk muzikal yang segar dan penuh pesona. Diarahkan oleh Riri Riza, dengan sentuhan penerbit Mira Lesmana, filem ini menampilkan wajah baharu Leya Princy sebagai Cinta dan El Putra Sarira sebagai Rangga yang menghidupkan semula romansa ikonik dua jiwa muda penggemar puisi. Barisan pelakon muda lain seperti Jasmine Nadya, Kyandra Sembel, Katyana Mawira, Daniella Tumiwa, dan Rafi Sudirman menjadikan ensemble ini sebuah tafsir baru terhadap persahabatan Geng Cinta yang klasik. Dengan muzik ciptaan Anto Hoed dan Melly Goeslaw, filem berdurasi dua jam ini menghadirkan nostalgia yang lembut, tetapi tetap berani merangkul zaman baharu dengan jiwa muda yang segar dan penuh perasaan...

Read More  

'Qifarah' Merenung Makna Balasan Dosa, Dendam Dan Kesumat Yang Tak Sempat Taubat

Seorang sarjana Islam pulang ke tanah air selepas 30 tahun untuk menziarahi ayahnya, Ghazali yang sedang nazak. Namun kepulangan itu membuka kembali rahsia keluarga yang kelam, terutama tentang ibu tirinya Mawar yang kelihatan sentiasa muda tanpa dimamah usia. Filem ini menggabungkan unsur seram dan drama keluarga, menyingkap kisah dendam, dosa dan penebusan yang terperangkap dalam rumah pusaka tua. Meski penceritaannya agak klise dan jump scarenya mudah dijangka, 'Qifarah' tetap memikat dari segi visual dan sinematografi yang cemerlang menjadikannya naskhah yang masih berbaloi untuk ditonton oleh pencinta karya visual Ghaz Abu Bakar...

Read More  

Ulang Waktu Seribu Kali Pun, 'Sore: Istri Dari Masa Depan' Dengan Misi Berat, Tetap Pilih Yang Satu Itu

Jonathan, seorang lelaki yang hidupnya statik dan sarat tabiat buruk, cuba mencari ketenangan di Croatia. Namun, ketenangan itu terganggu apabila muncul seorang perempuan asing di biliknya. Sore yang mengaku sebagai isterinya dari masa depan. Kehadirannya mengejutkan bukan sekadar kerana pengakuan itu, tetapi juga kerana dia mengetahui setiap detail hidup Jonathan: makanan kegemaran, impian rahsia, bahkan luka masa kecil yang disimpan rapi. Sore datang bukan untuk bernostalgia, melainkan membawa misi: menyelamatkan Jonathan sebelum segalanya terlambat. Dia memaksa Jonathan meninggalkan rokok, alkohol, dan gaya hidup tidak sihat, sambil berusaha membuka kembali hatinya yang lama terkunci. Namun, perubahan itu getir. Antara cinta, pertengkaran, air mata, dan kesempatan kedua, pasangan ini diuji oleh waktu. Apakah cinta mampu bertahan melawan takdir?

Read More  

Lucu, Segar, Penuh Identiti, '6 Jilake' Bawa Unsur Budaya Dan Satira Dalam Pakej Menghiburkan

Berlatarkan abad ke-18 semasa penjajahan Belanda, '6 Jilake' mengisahkan 6 samseng upahan yang dihantar oleh Syarikat Hindia Timur Belanda untuk menguasai lombong bijih timah di Perak. Misi mereka terganggu apabila sebuah kampung misteri yang dilindungi oleh pendekar hebat enggan tunduk. Masing-masing dalam kumpulan ini memiliki gaya bertarung unik dan nama pelik seperti Pulut Panggang, Kole Kacang dan Badak Berendam, diinspirasikan dari kuih tradisional. Filem ini memadukan aksi, komedi dan elemen budaya tempatan dengan jenaka yang tidak klise. Di sebalik kelucuan, terselit sindiran halus tentang penjajahan dan kealpaan masyarakat. '6 Jilake' ialah kisah pertembungan antara tamak dan maruah, dibawakan dengan gaya yang menghiburkan dan penuh identiti tempatan...

Read More  

Pontianak 200KG: Kisah Hantu Ponti 'Comel' Kuat Makan

Cuba lari dari kebiasaan stereotype, filem komedi seram paling 'berat' abad ini mengangkat kisah 2 pontianak comel dan berat yang kuat makan. Pada yang sukakan hiburan santai dengan penceritaan menarik dan lucu, kesinambungan filem sekuel terdahulu iaitu Pontianak 100KG ini menyelitkan plot twist pada penghujung cerita yang harus ditonton...

Read More