Reunion Keluarga Jadi Seram Yang Kejam, 'Evil Dead Burn' Kembali Ganas Dalam Neraka Paling Panas

Kematian suami membawa Alice pulang ke rumah keluarga mertuanya dengan harapan dapat mencari sedikit ketenangan. Namun, pertemuan yang sepatutnya menjadi ruang untuk menyembuhkan luka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Necronomicon membebaskan sumpahan yang mengubah ahli keluarga satu demi satu menjadi Deadites. Terperangkap di dalam sebuah rumah terpencil, Alice terpaksa berjuang mempertahankan nyawa sambil berdepan rahsia lama, dendam yang terpendam dan keganasan yang semakin tidak terkawal. Dengan gabungan gore praktikal yang ekstrem, atmosfera mencengkam dan aksi tanpa henti, 'Evil Dead Burn' menghidangkan pengalaman seram yang kejam, liar dan sukar dilupakan...

Read More  

Demi Kuasa Grayskull, Nostalgia 'Masters Of The Universe' Kembali Menggempur Eternia!

Prince Adam dibesarkan di Bumi tanpa mengetahui asal-usul sebenarnya sebagai pewaris kerajaan Eternia. Selepas 15 tahun terpisah daripada dunianya, Sword of Power membawanya pulang ke Eternia yang kini berada di bawah pemerintahan kejam Skeletor. Demi menyelamatkan keluarganya dan seluruh alam semesta, Adam harus menerima takdir sebagai He-Man, manusia terkuat di alam semesta. Dengan bantuan Teela, Man-At-Arms, Cringer dan sekutu-sekutu lain, dia berdepan peperangan epik yang menentukan masa depan Castle Grayskull. Sebuah pengembaraan fantasi yang sarat aksi, persahabatan, pengorbanan dan keberanian untuk menjadi wira yang sebenar...

Read More  

Bijaknya Sekumpulan Detektif Biri-Biri Selesaikan Misteri Dalam 'The Sheep Detectives'

Sekumpulan biri-biri berkumpul setiap malam mendengar kisah misteri yang dibacakan oleh gembala kesayangan mereka, George. Namun segalanya berubah apabila George ditemui mati dalam keadaan mencurigakan. Yakin bahawa mereka sudah mempelajari cukup banyak ilmu penyiasatan daripada cerita-cerita yang pernah didengari, sekumpulan biri-biri memulakan misi mencari pembunuh sebenar. Dalam perjalanan merungkai misteri tersebut, mereka berdepan rahsia lama, kehilangan yang menyakitkan, prasangka sesama sendiri dan hakikat tentang kematian yang selama ini tidak pernah mereka fahami. The Sheep Detectives menggabungkan elemen misteri, humor, keluarga dan emosi dalam sebuah pengembaraan yang luar biasa menyentuh hati...

Read More  

Kompleks Namun Memikat, 'Crime 101' Kisah Pencuri Genius Bertembung Detektif Serius

Thriller jenayah berlatarkan Los Angeles, mengikuti Mike/Davis, pencuri perhiasan profesional yang menjalankan rompakan di sepanjang jalur U.S. Route 101 dengan aturan ketat untuk menghindari kekerasan dan meninggalkan bukti. Detektif Lou Lubesnick mula melihat pola dan memburu penjenayah meski ditekan atasan. Rencana rompakan besar semakin rumit apabila Davis terlibat dengan Sharon, broker insurans yang terperangkap dilema karier, serta kemunculan Ormon, pencuri muda impulsif. Garis pemburu dan buruan kian kabur, memaksa semua pihak memilih jalan yang menentukan nasib...

Read More  

Ketika AI Menjadi Algojo, 'Mercy' Uji Moral, Empati, Batas Keadilan Dan Kepercayaan

Membawa penonton ke Los Angeles masa depan, saat sistem peradilan digerakkan AI bernama Mercy yang berfungsi sebagai hakim, juri, dan sekaligus algojo. Detektif LAPD Chris Raven yang dahulunya menyokong mahkamah ini tiba-tiba terjaga sebagai tertuduh pembunuhan isterinya sendiri. Diberi tempoh sembilan puluh minit, Raven menelusuri bukti digital, menghubungi saksi, dan membongkar konspirasi serta bias data untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Format screenlife membina ketegangan waktu nyata, menyoal batas keadilan algoritma, privasi, dan harga kepercayaan terhadap mesin ketika empati manusia semakin terhimpit...

Read More  

Lebih Aneh Namun Lebih Manusiawi, How's That? '28 Years Later: The Bone Temple' Bloody Brilliant!

Pengalaman sinematik yang menghentak emosi melalui gabungan keganasan, humor gelap dan falsafah kemanusiaan. Naratif menjelajahi perjalanan Spike yang terperangkap dalam geng Sir Lord Jimmy Crystal, sementara Dr. Kelson menemui titik belas kasihan melalui hubungan uniknya dengan Samson, “alpha infected” yang mencabar teori asal Rage virus. Visual Bobbitt, skor mendebarkan dan kemunculan lagu Iron Maiden pada klimaksnya menghasilkan momentum yang wuhoo!!! tidak terlupakan. Filem ini mengimbangi kekejaman dan empati, menjadikannya karya paling berani dalam francais ini. Ganjil, memukau dan penuh roh kelangsungan...

Read More