Menjaga Atau Membelenggu? 'Khadam' Makan Tuan Buat Penonton Serentak Seram Dan Pilu

Melor, seorang wanita bisu yang terperangkap dalam warisan saka turun-temurun yang telah lama menghantui keluarganya. Ketika ancaman semakin menghimpit, Melor terpaksa berdepan pilihan sukar demi melindungi anak-anak dan keluarganya daripada kitaran ketakutan yang diwariskan sejak generasi terdahulu. Dengan latar desa Melayu era 1950-an yang suram dan penuh misteri, filem arahan Shamyl Othman ini menggabungkan seram psikologi, drama keluarga dan simbolisme budaya dalam sebuah naratif yang menyentuh emosi. Dibintangi Aghniny Haque dan Remy Ishak, Khadam menawarkan pengalaman sinema yang meresahkan, mendalam dan sukar dilupakan...

Read More  

Bila Taksub Mahu Anak Cemerlang, Bermulalah Misi Paling Huru-Hara Dalam '5 Bomoh'

Rashdan, seorang usahawan perkhidmatan menyelam yang terlalu taksub mahu melihat anaknya, Nisa, berjaya cemerlang dalam peperiksaan SPM sehingga sanggup menjelajah mencari bomoh-bomoh terkenal dari seluruh negara. Berbeza dengan isterinya, Sakinah yang percaya kepada ilmu, usaha dan doa, Rashdan lebih yakin kepada amalan warisan yang diwarisi sejak kecil. Perjalanan mereka menemukan pelbagai watak bomoh yang eksentrik, lucu dan penuh helah. Melalui satira komedi yang ringan, filem ini menyentuh isu kepercayaan tahyul, tekanan akademik, obsesi ibu bapa terhadap kejayaan anak dan budaya penipuan yang masih wujud dalam masyarakat hari ini...

Read More  

Dalam Gelap Panggung Macam Ada Suara Main Bisik-Bisik, Aura Mistik 'Polong' Serius Buat Rasa Takut Nak Balik

Membawa penonton menyusuri lorong gelap antara dosa, penyesalan dan dendam yang enggan mati. Terinspirasi daripada kisah yang pernah menggegarkan negara, filem arahan Zulkarnain Azhar ini mengisahkan seorang wartawan penyiasat yang tanpa sengaja membebaskan kuasa mistik lama ketika menjejaki jejak seorang wanita pengamal ilmu hitam. Dengan sinematografi memukau, atmosfera awal 2000-an yang autentik dan lakonan luar biasa daripada June Lojong, Mimi Lana serta Nadiya Nissa, Polong menawarkan pengalaman seram yang bukan hanya mengganggu jiwa, tetapi turut menyentuh hati. Sebuah naskhah yang menggabungkan ketakutan, kehilangan, kasih sayang dan akibat daripada dosa silam...

Read More  

Naskhah Sarat Kejutan 'Konspirasi' Gabung Thriller politik, Konflik emosi Dan Aksi Penuh Debaran

Gelora politik, serangan siber dan rahsia pengkhianatan menjadi nadi utama filem Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar. Mengangkat dunia penguatkuasaan SPRM, filem ini membawa penonton menyelami operasi membanteras rasuah berskala besar yang mengancam keselamatan negara. Ketika seorang penggodam misteri mula membocorkan maklumat sulit pemberi maklumat dan ahli politik mula bermain kuasa, sekumpulan pegawai SPRM terpaksa bertarung dengan tekanan, pengkhianatan dan ancaman yang datang dari segenap arah. Dibintangi Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Shiqin Kamal, Konspirasi menggabungkan thriller politik, konflik emosi dan aksi penuh debaran dalam sebuah naskhah yang sarat suspens serta mengejutkan...

Read More  

Gayong 2: Durasi Pendek Tetapi Padat Aksi Padu Sarat Emosi, Sentuh Sampai Ke Jiwa!

Meneruskan perjalanan Cikgu Meor, tokoh silat yang membawa maruah, prinsip dan warisan dalam dunia yang semakin rumit. Watak yang diinspirasikan daripada Datuk Meor Abdul Rahman ini berdepan konflik lebih besar, dengan pertarungan yang lebih ganas serta pilihan hidup yang lebih berat. Filem ini menyulam aksi padat dengan isu rasuah, pengorbanan keluarga dan keteguhan mempertahankan nilai yang diyakini. Kehadiran pelakon seperti Beto Kusyairi, Nabila Huda, Syafiq Naswip serta beberapa wajah baharu memperkaya lapisan emosi cerita. Hasilnya, Gayong 2 tampil sebagai kesinambungan yang lebih matang, lebih mencengkam dan lebih berakar pada jiwa warisan tempatan...

Read More  

'Malaikat Malam' Serlah Sisi Mat Rempit, Gabungan Aksi Berani, Emosi Dan Realiti Generasi

Azam, pemilik bengkel motosikal yang bergelut dengan kehidupan harian, tanggungjawab keluarga dan minatnya terhadap lumba haram. Dalam masa yang sama, dia perlu menjaga abangnya, Arash, yang terjebak dengan masalah dadah akibat trauma masa lalu. Kehidupan Azam mula berubah apabila dia bertemu Ratna, seorang gadis buta yang melarikan diri dari rumah. Pertemuan tersebut menimbulkan hubungan yang perlahan-lahan berkembang menjadi cinta. Namun, Azam turut berdepan ancaman daripada Boy, pelumba haram yang menjadi musuhnya. Ketika konflik demi konflik mula memuncak, Azam terpaksa membuat pilihan antara dunia lamanya dan peluang untuk memulakan kehidupan yang lebih baik bersama Ratna...

Read More