Sepucuk Surat, Seumur Hidup Rindu, 'Dear You' Ajar Tentang Erti Kasih Tak Pernah Kenal Sempadan

Hajat seorang cucu mencari harta pusaka membawa dirinya menjejaki Thailand untuk menelusuri misteri kehilangan datuk yang selama puluhan tahun dipercayai meninggalkan keluarga. Namun pencarian itu akhirnya membuka lembaran kisah yang jauh lebih besar daripada wang ringgit. Tentang surat kiriman qiaopi, penghijrahan masyarakat Teochew, pengorbanan, persahabatan dan cinta yang bertahan merentas sempadan serta zaman. Diarahkan Lam Hongchu, 'Dear You' ialah sebuah drama keluarga yang menyentuh hati, menggabungkan sejarah diaspora China dengan kisah kemanusiaan yang sarat emosi. Sebuah perjalanan tentang kehilangan, harapan dan kebaikan yang terus hidup meski masa terus berlalu...

Read More  

Apabila Zombie Sudah Mulai Bijak Dan Boleh Berfikir, ‘Colony’ Menjadi Mimpi Paling Ngeri

Membawa genre zombie ke wilayah yang lebih segar dan mengganggu. Arahan Yeon Sang-ho, pengarah di sebalik fenomena Train to Busan, filem ini memaparkan wabak yang tercetus ketika persidangan bioteknologi berlangsung dalam sebuah bangunan pencakar langit di Seoul. Namun ancaman kali ini jauh berbeza. Zombie-zombienya bukan makhluk yang bergerak tanpa arah, sebaliknya mampu berfikir, berkoordinasi dan belajar daripada kesilapan. Dengan aksi mendebarkan, sinematografi cemerlang dan idea tentang masyarakat yang terlalu bergantung kepada jaringan serta teknologi, Colony hadir sebagai thriller survival yang menghiburkan, pintar dan cukup relevan dengan dunia hari ini...

Read More  

Sumpahan Hitam 'Kung Tao' Yang Merayap Perlahan-lahan Sehingga Ke Dalam Jiwa

Fon, seorang wartawan Thailand yang menyiasat kematian misteri berkait ilmu hitam. Pada masa sama, sekumpulan YouTuber yang ke Thailand untuk merakam kandungan paranormal mula diganggu selepas pulang ke Malaysia, termasuk kematian tragis salah seorang daripada mereka. Meyakini mereka terkena sumpahan Kong Tao, Fon bekerjasama dengan Amin untuk mencari punca sebenar dan menghentikan malapetaka tersebut. Dalam usaha itu, mereka berdepan pengamal ilmu hitam yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri. Filem ini menggabungkan elemen seram psikologi, budaya dan kepercayaan Asia Tenggara, sambil mengangkat tema moral tentang akibat penyalahgunaan kuasa ghaib serta konflik antara kepercayaan lama dan pemikiran moden...

Read More  

Gambaran Realiti Perang 'Escape From The Outland' Harga Sebuah Kepulangan Dan Bertahan Hidup

Ma Xiao, seorang wartawan China yang mengiringi jurutera telekomunikasi Miao Feng ke sebuah negara Afrika fiksyen yang dilanda perang saudara. Mereka diculik oleh kumpulan militan, dan isteri Ma Xiao, Pan Wenjia, turut menjadi mangsa dalam serangan berasingan. Sewaktu rundingan tebusan berlangsung, para tahanan berdepan penyeksaan, ancaman maut dan kekejaman tanpa batas. Escape From The Outland menggali dimensi manusia yang terperangkap antara konflik, menggambarkan realiti perang tanpa kosmetik serta menyorot ketabahan mereka yang hanya ingin pulang, hidup, dan terus berharap...

Read More