Sore, seorang wanita dari masa depan, melakukan perjalanan waktu yang mustahil. Kembali berulang kali ke masa lampau dengan satu misi suci: menyelamatkan perkahwinannya dengan Jonathan. Setiap kali dia hadir, bukan untuk menyalahkan atau menghukum, tetapi untuk mengubah tabiat dan gaya hidup lelaki yang sangat dicintainya sebelum terlambat. Perjalanan lintas dimensi ini penuh pengorbanan dan kepedihan. Sore terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, mengulang detik-detik yang sama, berusaha keras agar Jonathan memahami makna cinta sejati. Filem ini mempersoalkan: Sanggupkah seseorang mengorbankan segalanya demi mempertahankan cinta? Berapa kali kita perlu kembali untuk menyelamatkan orang yang kita sayangi?

Read More  

Menyulam elemen cinta dan sains fiksyen dalam sebuah kisah yang menyentuh hati, 'Sore: Istri dari Masa Depan' mengisahkan seorang lelaki biasa yang tiba-tiba dipertemukan dengan seorang wanita misteri yang mendakwa dirinya adalah isteri dari masa depan. Pertemuan itu mengubah segalanya, membuka persoalan tentang takdir, keberanian memilih, dan erti cinta yang melampaui ruang waktu. Dihiasi visual menakjubkan dari Croatia hingga Finland, kisah ini semakin hidup dengan gandingan Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha yang menyalakan kemistri tulen. Runut bunyi puitis ‘Terbuang Dalam Waktu’ oleh Barasuara menambahkan kedalaman emosi. Selepas menggegarkan Indonesia dengan lebih 3 juta penonton, kini naskhah ini menanti untuk mengikat hati penonton Malaysia di pawagam...

Read More  

Filem romantik fantasi arahan Yandy Laurens yang telah mencuri hati lebih daripada 3 juta penonton di Indonesia. Kisahnya mengangkat perjalanan cinta dengan sentuhan fantasi yang menyentuh nurani, menjadikannya karya paling laris dalam karier Yandy. Filem ini diumumkan pada 8 September 2025 sebagai wakil rasmi Indonesia ke Academy Awards (Oscar) 2026 dalam kategori Best International Feature Film, dipilih oleh Komite Seleksi Oscar Indonesia di bawah PPFI. Dibintangi Sheila Dara, Dion Wiyoko, bersama pelakon antarabangsa Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus, naskhah ini menampilkan kolaborasi produksi antara Indonesia dan Kroasia. Selepas kejayaan besar di tanah air, filem ini bakal menyapa pawagam Malaysia mulai 25 September 2025, dengan Primeworks Studio sebagai rakan pemasaran rasmi...

Read More  

Mengisahkan perjalanan cinta yang unik antara Jonathan dan Sore, dua jiwa yang dipertemukan oleh takdir dalam dimensi waktu yang berbeza. Jonathan, lelaki biasa dengan keraguan dalam hidup, tiba-tiba berhadapan dengan kehadiran Sore, seorang wanita misteri yang mengaku sebagai isterinya dari masa depan. Kehadiran Sore bukan sahaja mengubah rutin Jonathan, malah menggoncang pandangan hidupnya tentang cinta, pilihan dan pengorbanan. Filem romantik fantasi ini menggabungkan elemen time travelling dengan sentuhan emosi yang halus, menjadikan setiap detik pertemuan mereka terasa hangat namun penuh tanda tanya. Adakah cinta mampu bertahan apabila diuji oleh rahsia masa depan? Segala jawapan menanti pada 25 September 2025 di pawagam...

Read More  

Jonathan menjalani hidup yang kosong dan berantakan, sehingga kemunculan seorang wanita asing mengubah segalanya. Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Sore, isterinya dari masa depan. Kehadiran Sore bagaikan cahaya yang menyinari kegelapan hidup Jonathan, mengajarnya erti cinta, keberanian, dan makna memilih jalan hidup. Namun, rahsia besar yang dibawa dari masa depan mula terbongkar, menggugat hubungan mereka yang baru mekar. Sejauh mana cinta mampu bertahan apabila garis waktu sendiri menentang mereka? Dibintangi Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha, filem romantik dengan sentuhan fantasi masa ini menyulam emosi yang dalam, menggabungkan keindahan visual sinematik dan naratif penuh magis. Temui Sore: Istri Dari Masa Depan di pawagam Malaysia bermula 25 September 2025...

Read More