Kisah sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan tenang sebelum kehadiran satu entiti mula mengganggu dan perlahan-lahan menguasai kehidupan mereka. Berteraskan kepercayaan masyarakat tentang saka, filem ini memperlihatkan bagaimana makhluk halus yang diwarisi boleh berubah daripada pelindung menjadi ancaman. Watak Melor, lakonan Aghniny Haque, menyimpan rahsia besar yang menjadi kunci kepada konflik yang semakin meruncing. Bersama Awang dan ahli keluarga lain, mereka berdepan perubahan emosi dan situasi yang semakin tidak terkawal. Diterajui pengarah Shamyl Othman, Khadam bukan sekadar filem seram, tetapi sebuah kisah tentang kehilangan kendali diri, trauma dan akibat daripada sesuatu yang tidak sepatutnya dimiliki manusia...

Read More  

Mengangkat kisah Melor, seorang wanita yang selepas kematian ibunya terpaksa mewarisi saka keluarga, sebuah warisan gelap yang mula membelit hidupnya. Saat entiti itu kian mencengkam, Melor berpacu dengan masa untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada menanggung nasib sama. Berlatar Malaysia era 1950-an, filem ini menghadirkan seram yang berpaut pada mitos Nusantara, sambil menyingkap dilema keibuan dan pengorbanan. Diarahkan oleh Shamyl Othman (Rahsia), dengan skrip oleh Fariza Azlina Isahak (Kami The Movie, Songlap), Khadam dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan “Ratu Seram Indonesia” Aghniny Haque. Dihasilkan Red Communications dan Komet Productions dengan sokongan antarabangsa, naskhah ini menjanjikan pengalaman seram beremosi yang menjangkau sempadan budaya...

Read More