oleh: zizi hashim
14 May
14May

Sunyi sepi kadangkala lebih menakutkan daripada jeritan. Dan itulah rasa yang mula menghantui ramai selepas poster rasmi Khadam akhirnya didedahkan kepada umum. Dengan visual suram dan atmosfera penuh misteri, filem seram dramatik ini memberi bayangan awal tentang sebuah kisah saka yang bukan sekadar menyeramkan… tetapi juga emosional dan mengganggu jiwa.

Khadam mengangkat kisah seorang ibu yang mewarisi saka yang menjelma sebagai versi dirinya yang “sempurna”. Namun di sebalik kelebihan itu, tersembunyi sesuatu yang perlahan-lahan mula mengambil alih hidupnya sendiri. Tagline “Jangan sampai jadi tuan” turut mencetuskan pelbagai tanda tanya tentang hubungan manusia dengan kuasa mistik yang akhirnya memakan diri.

Filem arahan Shamyl Othman ini diterbitkan oleh Red Communications bersama Komet Productions dan dibintangi Remy Ishak, Aghniny Haque, Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl’ El serta Jun Lojong. Dan pada malam 14 Mei 2026, tepat jam 9 malam, treler rasmi Khadam bakal dilancarkan dan mungkin akan mula merungkai sedikit demi sedikit rahsia gelap di sebalik saka tersebut.

Comments
* The email will not be published on the website.