Key Billions Sdn. Bhd. melancarkan filem 'Tiket Sehala' sempena Majlis Berbuka Puasa pada 2 Mac 2026. Filem arahan Rahila Ali ini mengangkat kisah mangsa sindiket penipuan kerja luar negara yang terperangkap dalam sistem pemerdagangan manusia di Korea Selatan. Dibintangi pelakon dari Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, naskhah ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko tawaran pekerjaan luar negara yang meragukan. Pengasas Eddie Yap menegaskan komitmen syarikat untuk menghasilkan karya berimpak serta meningkatkan kualiti produksi tempatan melalui kolaborasi antarabangsa. Majlis turut menyaksikan penubuhan Key Billions Distribution dan persembahan khas oleh Shadow Combat League yang menggabungkan sukan tempur dan teknologi blockchain...

Read More  

Sebuah lonjakan berprestij apabila naskhah terbitan Key Billions Sdn. Bhd. ini berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam bermula 4 Disember 2025. Filem arahan Syafiq Yusof ini mengisahkan kehidupan Soloz, ikon E-sukan Malaysia yang membina reputasinya melalui Mobile Legends. Ia dibintangi Hun Haqeem, Ikmal Amry, Jaa Suzuran dan ramai lagi. Pasaran Thailand yang terkenal selektif akhirnya menerima filem ini hasil kerjasama dengan Mstudio serta keyakinan terhadap gabungan lakonan sebenar dan CGI moden. Demi keterhubungan penonton, keseluruhan filem dialih suara ke bahasa Thai. Malam Gala di Bangkok mengukuhkan lagi kejayaannya sebagai langkah baharu sinema Malaysia...

Read More