The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 11 Julai 2026 sebagai antara konsert nostalgia paling dinanti tahun ini. Konsert ini menghimpunkan barisan artis terkenal seperti Marcello Tahitoe (Ello), Tantri Kotak, Rony Parulian, Arda Hatna dan Hael Husaini bagi menghidupkan semula lagu-lagu legenda Peterpan seperti “Semua Tentang Kita”, “Yang Terdalam” dan “Ada Apa Denganmu”. Turut membuat kemunculan istimewa ialah anggota asal Peterpan termasuk Reza, Loekman, Andika dan Indra. Susulan sambutan luar biasa daripada peminat Malaysia dan Indonesia, beberapa kategori tiket termasuk CAT3 dan Royal Box sudah habis dijual menjadikan konsert ini antara acara muzik paling hangat diperkatakan ketika ini...

Read More  

Kempen “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment” mencatat kejayaan apabila tujuh lagu raya terbitannya meraih lebih 13 juta penstriman digital. Antara lagu terlibat termasuk Rindu Raya, Kampung Kita dan Raya Macam Raya. Rocketfuel turut memperkenalkan pelbagai karya baharu daripada artis seperti Qal G dan Awienit, serta lagu Jejak Yang Tertinggal oleh duo Korea HoonDoo sebagai runut bunyi drama Dendam Seorang Mentua. Selain muzik, artis Rocketfuel juga aktif dalam filem dan drama termasuk Tarung dan Kata Hati. Sokongan jenama besar serta penglibatan bakat baharu dari pelbagai latar belakang mengukuhkan kedudukan Rocketfuel sebagai antara peneraju industri hiburan tempatan yang terus relevan dan berkembang...

Read More  

Melodi memperkenalkan video muzik “Lagu Raya Untukmu” nyanyian Hael Husaini sebagai karya istimewa sempena Aidilfitri 2026. Lagu ini menggabungkan elemen muzik moden dan klasik yang memberikan nuansa nostalgia serta kemeriahan suasana perayaan. Proses penghasilan lagu melibatkan kolaborasi kreatif antara Hael Husaini dan penerbit Iqie Hugh sebagai penulis lirik dan komposer bersama. Karya ini turut menjadi projek kerjasama antara Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment dalam menghasilkan lagu raya moden yang segar. Melalui vokal yang penuh emosi, Hael menyampaikan mesej kemaafan, kebersamaan dan penghargaan terhadap insan tersayang. Video muzik lagu ini kini boleh ditonton di YouTube melalui saluran rasmi Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment, selain menggalakkan peminat menghasilkan video kreatif menggunakan lagu tersebut...

Read More  

Kembali ke Jakarta bagi menghadiri 30th Asian Television Awards (ATA) pada 28–29 November 2025, menandakan kali kedua beliau diundang membuat persembahan di salah satu pentas televisyen paling berprestij di Asia. Jemputan ini hadir selepas persembahannya tahun lalu meninggalkan impak mendalam kepada penganjur dan penonton serantau. Sebagai bintang Rocketfuel Entertainment, Hael membawa imej Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan penuh karisma dan disiplin seni. Tahun ini, beliau bakal mempersembahkan sebuah medley khas yang menghimpunkan lagu-lagu terbaiknya. Sokongan Rocketfuel serta pengiktirafan ATA mengukuhkan reputasi Hael sebagai duta budaya Malaysia yang semakin digeruni di pentas global. Video muzik terbaharu beliau, Peluk, kini turut dilancarkan...

Read More  

Muzik video rasmi Penjuara, runut bunyi hebat daripada Ejen Ali The Movie 2 nyanyian Hael Husaini, kini dilancarkan di YouTube rasmi Ejen Ali dan sudah menempatkan diri dalam Carta Muzik-Muzik 40. Menggandingkan babak-babak ikonik filem dengan kekuatan visual dan muzik, Penjuara menghidupkan semula detik penuh dramatik perjalanan Ali, termasuk misi taktikal MATA dan pertembungan sengit dengan Neonimus. Lagu ini menyerlah melalui beat bertenaga serta lirik yang meniup semangat yakin dan daya juang seorang wira. Hael menjelaskan, Penjuara melambangkan keberanian mara ke hadapan tanpa gentar cabaran. Kini perjuangan lagu ini diteruskan di pentas muzik, memerlukan undian peminat untuk mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40 dan seterusnya ke Anugerah Juara Lagu ke-40...

Read More  

Kembali dengan dua single terbaharu, “Peluk” (duet bersama Nadeera) dan “Alangkah”, terbitan Rocketfuel Entertainment. Kedua-duanya dipilih sebagai OST drama popular Astro — Mandul Bukan Pilihan dan Thariq Ridzwan. “Peluk” mengangkat tema hubungan jarak jauh, memaparkan kerinduan yang manis dan pahit, sementara “Alangkah” menyingkap sisi cinta melankolik yang tak selalu berpihak kepada harapan. Hael menulis dengan kejujuran, terinspirasi kisah sekeliling, lalu melahirkan balada sarat emosi. Lagu-lagu ini asalnya dirancang untuk album Antonim: Part II, namun permintaan tinggi selepas konsert Hael Husaini & Repertoire mendorong pelancarannya lebih awal. Kini boleh distrim di semua platform digital, Hael berharap karyanya menjadi cermin hati dan peneman rasa buat pendengar...

Read More  

Mengumumkan konsert solo perdananya "Konsert Hael Husaini & Repertoire" di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2025, juara AJL 2 tahun berturut-turut dan komposer di sebalik lagu "Anta Permana" yang masuk playlist rasmi King Charles III ini akan mempersembahkan sebuah rhapsody multidimensi yang menggabungkan muzik, fesyen, dan visual sinematografi. Turut menyertai Hael pada konsert tersebut adalah Dayang Nurfaizah, Nadeera, Wany Hasrita, dan Nabila Razali. Konsert ini menjanjikan transformasi landskap seni Malaysia melalui pengalaman holistik yang merangkumi perjalanan kreatif sang arkitek jiwa. Tiket dijual bermula 3 Jun 2025 melalui ticket2u.com.my...

Read More  

Menjadi runut bunyi rasmi filem animasi Ejen Ali The Movie 2, Penjuara, lagu baharu nyanyian dan ciptaan Hael Husaini bersama Iqie Hugh dicipta dalam masa seminggu. Lagu ini lahir dari semangat 2 peminat tegar Ejen Ali yang mahu memberi nyawa kepada kisah perjuangan Ali menentang Neonimus. Dengan rentak electro pop dan lirik penuh inspirasi seperti “Selagi ku masih di sini, akan ku terus berlari,” Penjuara membakar semangat juang dan keberanian dalam diri pendengar. Lagu ini menerima sambutan hangat dengan lebih 55,000 tontonan di YouTube dan 500,000 di TikTok dalam masa seminggu. Hael menyifatkan peluang ini sebagai pencapaian besar, bukan sekadar projek muzik, tetapi impian yang direalisasikan oleh jiwa seorang fanboy...

Read More