Sebuah persoalan masih terus bermain di fikiran penonton: apa sebenarnya CHELOT? Menjelang tayangan rasminya di pawagam pada 27 Ogos 2026, filem aksi thriller arahan Adrian Teh kembali menghangatkan penantian menerusi pelancaran teaser trailer terbaharu yang sarat dengan misteri, aksi dan ketegangan. Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theeban G, teaser ini membuka sedikit ruang kepada dunia penuh muslihat yang bakal diterokai penonton. Dengan Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, CHELOT menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang menggabungkan aksi mendebarkan, konflik psikologi dan persoalan yang hanya akan terjawab apabila tirai pawagam dibuka...

Read More  

Di saat kebanyakan filem moden bergantung kepada teknologi Computer-Generated Imagery (CGI), CHELOT memilih laluan yang jauh lebih berani. Filem aksi thriller arahan Adrian Teh itu mempertaruhkan penggunaan letupan sebenar dalam sebanyak mungkin babak aksi bagi menghadirkan visual yang lebih autentik dan mendebarkan. Menerusi video di sebalik tabir (BTS), produksi mendedahkan bahawa setiap letupan dirancang dengan teliti, dibantu sokongan Unit Tindak Khas (UTK) serta melibatkan penggambaran di beberapa lokasi utama sekitar Selangor. Malah, sebuah babak aksi yang dirakam secara one-take turut mengakibatkan beberapa kru dan pelakon mengalami kecederaan ringan akibat intensiti penggambaran. Semua pengorbanan itu dilakukan demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih nyata apabila CHELOT menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 27 Ogos 2026...

Read More  

Sebuah misteri sering menjadi lebih mengujakan apabila jawapannya sengaja disembunyikan. Itulah aura yang dibawa CHELOT, filem aksi thriller terbaharu arahan Adrian Teh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Dipasarkan oleh Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, filem ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar dan Alicia Amin. Mengangkat kisah keberanian, pengorbanan serta pertembungan antara keadilan dengan dunia jenayah yang sarat muslihat, CHELOT tampil sebagai sebuah naskhah yang menjanjikan aksi tanpa henti dan emosi yang mendebarkan. Trailer rasminya kini telah dilancarkan, namun satu persoalan masih kekal: apakah sebenarnya makna di sebalik CHELOT?

Read More  

Muncul sebagai antara fenomena televisyen terbesar tahun 2026 apabila berjaya menyatukan penonton Malaysia dalam usaha merungkai misteri pembunuhan Ahyan. Sejak ditayangkan pada Mei lalu, siri premium terbitan Astro Shaw 'Good Boys Go To Heaven' mencetuskan gelombang teori dan perbincangan hangat di media sosial sehingga ramai penonton berada dalam “mod detektif”. Dengan lebih 58 juta tontonan, 9.5 juta capaian digital serta kedudukan dalam Top 10 Netflix selama enam minggu berturut-turut, siri ini membuktikan kekuatan penceritaan tempatan yang berani dan berbeza. Dibintangi Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amerul Affendi dan Sky Iskandar, siri ini turut mengangkat isu trauma serta kesihatan mental yang menyentuh emosi penonton...

Read More  

Filem aksi terbaharu arahan Adrian Teh, 'Chelot' melakar pencapaian luar biasa apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kategori Babak Aksi ‘Single Take’ Terpanjang Dalam Filem. Rekod tersebut dicapai menerusi rakaman aksi tanpa henti sepanjang 5 minit 19 saat yang melibatkan laluan sejauh 1.9 kilometer menggunakan hanya satu kamera. Pembikinan babak berkenaan menuntut persiapan selama 150 hari, 60 jam raptai serta penglibatan 300 kru produksi dan 50 buah kenderaan prop. Diterbitkan oleh ACT 2 Pictures, GSC, Astro Shaw, SunStrong Entertainment dan Marvelous Culture & Film, Chelot menandakan kepulangan Adrian Teh ke genre aksi selepas kejayaan MALBATT: Misi Bakara dan dijangka menemui penonton di pawagam tahun ini...

Read More  

'HAK: Tuntut Atau Tunduk' mengisahkan Hakim, seorang pegawai operasi pasar awam yang berdepan tekanan hidup dan desakan kewangan menjelang kelahiran anak sulungnya. Dalam keadaan terhimpit, dia membuat keputusan yang mengubah seluruh hidupnya apabila menemui sebuah beg berisi wang. Apa yang disangka jalan keluar daripada kesempitan rupa-rupanya menjadi permulaan kepada mimpi ngeri apabila dia diburu pihak berbahaya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula wang tersebut. Dibintangi Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy yang pertama kali bergandingan di layar perak, filem ini mengetengahkan isu kelangsungan hidup, maruah, kuasa dan pilihan sukar yang terpaksa dibuat ketika seseorang berada di titik paling genting dalam hidupnya...

Read More  

Siri thriller psikologi terbaharu Astro Originals yang akan mula bersiaran pada 8 Mei 2026 'Good Boys Go To Heaven' mengisahkan Yasser, seorang bapa yang berdepan kehilangan tragis apabila anaknya Ahyan ditemui mati selepas dilaporkan hilang. Kejadian itu membuka ruang kepada trauma mendalam yang bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, tetapi juga orang di sekeliling. Dibintangi Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson, siri ini mengangkat isu kehilangan kanak-kanak serta kesan psikologi yang berpanjangan. Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan Mira Mustaffa sebagai showrunner dan Ariff Zulkarnain sebagai pengarah, siri ini boleh ditonton di Astro Ria, Astro Citra serta On Demand melalui Astro GO dan Sooka...

Read More  

Lanjutan kisah perjuangan Datuk Meor Abdul Rahman dalam mempertahankan maruah, warisan dan jati diri melalui seni persilatan Gayong. Selepas perjalanan awal yang sarat cabaran, kesinambungan ini membawa konflik yang lebih besar dengan taruhan yang semakin tinggi. Perjalanan hidupnya kini diuji bukan sahaja melalui pertarungan fizikal, tetapi juga pergolakan emosi, kesetiaan dan prinsip yang mula dipersoalkan. Dengan latar yang lebih luas dan aksi yang lebih intens, filem ini mengangkat semangat perjuangan bangsa yang tidak pernah padam. Setiap keputusan yang diambil membawa implikasi besar terhadap masa depan, menjadikan kisah ini sebuah naratif tentang keberanian, pengorbanan dan harga diri yang terus diperjuangkan...

Read More