Membuka lembaran baharu dengan Qifarah, filem seram psikologi pertama arahan sutradara tersohor Ghaz Abu Bakar yang menggabungkan elemen mistik, emosi dan penebusan dosa. Diterbitkan oleh Skop Productions, karya ini mengisahkan Yusoff seorang lelaki yang pulang ke tanah air hanya untuk berdepan trauma dan rahsia hitam keluarganya yang berpunca daripada amalan ilmu hitam. Bersama lakonan mantap Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay dan Namron, Qifarah menelusuri makna balasan dan keampunan melalui naratif yang muram, menggigit emosi dan memaksa penonton merenung sisi gelap jiwa manusia. Sentuhan sinematik Ghaz yang penuh intensiti menjadikan Qifarah sebagai evolusi berani dalam dunia seram tempatan...

Read More  

Mengangkat kisah Melor, seorang wanita yang selepas kematian ibunya terpaksa mewarisi saka keluarga, sebuah warisan gelap yang mula membelit hidupnya. Saat entiti itu kian mencengkam, Melor berpacu dengan masa untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada menanggung nasib sama. Berlatar Malaysia era 1950-an, filem ini menghadirkan seram yang berpaut pada mitos Nusantara, sambil menyingkap dilema keibuan dan pengorbanan. Diarahkan oleh Shamyl Othman (Rahsia), dengan skrip oleh Fariza Azlina Isahak (Kami The Movie, Songlap), Khadam dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan “Ratu Seram Indonesia” Aghniny Haque. Dihasilkan Red Communications dan Komet Productions dengan sokongan antarabangsa, naskhah ini menjanjikan pengalaman seram beremosi yang menjangkau sempadan budaya...

Read More