Fenomena Projek: High Council kini melangkah ke satu dimensi baharu menerusi KUDRAT 1968, prekuel yang mengangkat kisah permulaan sistem hierarki rahsia yang menjadi nadi kepada dunia High Council. Lebih menarik, Astro Shaw memperkenalkan pendekatan "Satu Cerita, Dua Format", yang pertama seumpamanya di Malaysia, apabila penonton bakal disajikan empat episod siri premium Astro Originals sebelum filemnya ditayangkan di pawagam. Dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith, naskhah terbitan PASAL Productions ini menjanjikan pengalaman penceritaan yang lebih mendalam, memperluaskan legasi High Council dengan perspektif segar serta naratif yang lebih berlapis...

Read More  

Realiti pahit penipuan tawaran pekerjaan di luar negara menjadi nadi kepada Tiket Sehala, filem thriller tempatan yang bakal menemui penonton bermula 6 Ogos 2026. Diinspirasikan daripada isu yang benar-benar berlaku, naskhah arahan Rahila Ali ini menggabungkan aksi, emosi dan mesej kemanusiaan menerusi kisah sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan di Korea Selatan. Lebih menarik, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd. ini merupakan kolaborasi produksi Malaysia dan Korea Selatan, selain dibarisi pelakon tempatan serta antarabangsa termasuk Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah dan Sheila Mambo. Bukan sekadar menghiburkan, Tiket Sehala mengajak penonton lebih peka terhadap ancaman jenayah yang semakin membimbangkan...

Read More  

Gelombang luar biasa yang dibawa Spider-Man: Brand New Day terus membuktikan pengaruh adiwira ikonik Marvel itu apabila filem berkenaan berjaya mengutip RM30 juta dalam tempoh hanya empat hari tayangan, sekali gus mencatat pembukaan hujung minggu terbesar dalam sejarah Sony Pictures Malaysia. Lebih sejuta penonton memenuhi pawagam di seluruh negara bagi menyaksikan naskhah yang digelar ramai sebagai antara filem paling dinanti tahun ini. Bukan sekadar mendominasi kutipan box office, filem lakonan Tom Holland itu turut memperoleh 98 peratus skor penonton di Rotten Tomatoes, menjadikannya filem Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dengan penilaian penonton tertinggi setakat ini. Fenomena ini mengukuhkan lagi status Brand New Day sebagai acara sinematik terbesar tahun 2026...

Read More  

Sebuah persoalan masih terus bermain di fikiran penonton: apa sebenarnya CHELOT? Menjelang tayangan rasminya di pawagam pada 27 Ogos 2026, filem aksi thriller arahan Adrian Teh kembali menghangatkan penantian menerusi pelancaran teaser trailer terbaharu yang sarat dengan misteri, aksi dan ketegangan. Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theeban G, teaser ini membuka sedikit ruang kepada dunia penuh muslihat yang bakal diterokai penonton. Dengan Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, CHELOT menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang menggabungkan aksi mendebarkan, konflik psikologi dan persoalan yang hanya akan terjawab apabila tirai pawagam dibuka...

Read More  

Sebuah kisah yang lahir daripada realiti semakin menghampiri penonton apabila Tiket Sehala bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos 2026. Filem survival thriller terbitan Key Billions Sdn. Bhd. ini mengangkat isu penipuan pekerjaan (job scam) dan pemerdagangan manusia, yang semakin membimbangkan masyarakat. Dirai dalam Majlis Gala Premiere di TGV Cinemas Sunway Pyramid, filem arahan Rahila Ali ini menghimpunkan barisan pelakon dari Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia dalam sebuah penceritaan yang sarat dengan debaran, emosi dan pengorbanan. Di sebalik ketegangan yang dipaparkan, Tiket Sehala membawa mesej tentang harapan, nilai kebebasan dan pentingnya kewaspadaan agar tragedi yang sama tidak terus berulang dalam kehidupan sebenar...

Read More  

Sebuah kisah keberanian yang pernah mengharumkan nama Malaysia kini bersedia menawan layar perak menerusi TERBANG, filem terbaharu arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh. Diterbitkan oleh Astro Shaw, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September 2026, bersempena sambutan Hari Malaysia. Pelancaran treler dan poster rasminya membuka tirai kepada sebuah naskhah yang mengangkat semangat perjuangan, perpaduan dan kebanggaan terhadap tanah air. Dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Diana Danielle, Nam Ron dan barisan pelakon hebat lain, TERBANG menggabungkan aksi rali mendebarkan, emosi kekeluargaan serta semangat berpasukan dalam sebuah perjalanan yang membuktikan bahawa keberanian sebenar lahir apabila seseorang berani bangkit daripada kegagalan..

Read More  

Di saat kebanyakan filem moden bergantung kepada teknologi Computer-Generated Imagery (CGI), CHELOT memilih laluan yang jauh lebih berani. Filem aksi thriller arahan Adrian Teh itu mempertaruhkan penggunaan letupan sebenar dalam sebanyak mungkin babak aksi bagi menghadirkan visual yang lebih autentik dan mendebarkan. Menerusi video di sebalik tabir (BTS), produksi mendedahkan bahawa setiap letupan dirancang dengan teliti, dibantu sokongan Unit Tindak Khas (UTK) serta melibatkan penggambaran di beberapa lokasi utama sekitar Selangor. Malah, sebuah babak aksi yang dirakam secara one-take turut mengakibatkan beberapa kru dan pelakon mengalami kecederaan ringan akibat intensiti penggambaran. Semua pengorbanan itu dilakukan demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih nyata apabila CHELOT menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 27 Ogos 2026...

Read More  

Perjalanan menuju malam paling berprestij dalam dunia perfileman tempatan kini bermula apabila Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) secara rasmi membuka pencalonan bermula 29 Julai hingga 11 Ogos 2026. Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi, edisi kali ini tampil membawa tema "Spektrum Sinema", simbol kepada kepelbagaian idea, budaya, genre dan kreativiti yang membentuk landskap sinema negara. Malam kemuncak bakal berlangsung pada 21 November 2026 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dengan 25 kategori dipertandingkan, FFM35 terus menjadi platform tertinggi bagi mengiktiraf karya, bakat dan dedikasi penggiat industri filem Malaysia, selain memperkukuh kedudukan sinema tempatan di pentas nasional dan antarabangsa...

Read More  

Sempadan antara permainan dan realiti akhirnya lenyap menerusi Jumanji: Open World, filem terakhir dalam trilogi aksi pengembaraan yang dinanti-nantikan peminat seluruh dunia. Trailer rasminya kini dilancarkan, mengembalikan Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan dalam misi paling mencabar pernah mereka hadapi. Kali ini, ancaman tidak lagi terkurung di dalam dunia Jumanji. Sebaliknya, permainan itu membebaskan segala kekacauan ke dunia sebenar, memaksa para wira berdepan bahaya yang jauh lebih besar daripada sebelumnya. Diarahkan oleh Jake Kasdan, filem ini bakal menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 24 Disember 2026, sekali gus menutup perjalanan trilogi yang telah mencipta fenomena global sejak kemunculan semula francais ikonik ini...

Read More  

Sebuah misteri sering menjadi lebih mengujakan apabila jawapannya sengaja disembunyikan. Itulah aura yang dibawa CHELOT, filem aksi thriller terbaharu arahan Adrian Teh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Dipasarkan oleh Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, filem ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar dan Alicia Amin. Mengangkat kisah keberanian, pengorbanan serta pertembungan antara keadilan dengan dunia jenayah yang sarat muslihat, CHELOT tampil sebagai sebuah naskhah yang menjanjikan aksi tanpa henti dan emosi yang mendebarkan. Trailer rasminya kini telah dilancarkan, namun satu persoalan masih kekal: apakah sebenarnya makna di sebalik CHELOT?

Read More  

Francais Resident Evil kembali membuka lembaran baharu dengan pendekatan yang lebih segar menerusi filem terbaharu arahan Zach Cregger, pengarah yang mencuri perhatian menerusi Weapons dan Barbarian. Bersempena pelancaran treler rasmi, penonton disajikan gambaran awal sebuah kisah seram yang menggabungkan aksi, ketegangan dan perjuangan untuk terus hidup. Filem ini mengikuti perjalanan Bryan, seorang penghantar bekalan perubatan lakonan Austin Abrams, yang tanpa diduga terperangkap dalam malam paling mengerikan apabila kekacauan mula melanda di sekelilingnya. Dengan naratif serba baharu yang tidak bergantung kepada jalan cerita terdahulu, Resident Evil menjanjikan pengalaman sinematik yang lebih intens, dirakam khas untuk IMAX, sebelum menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 September...

Read More  

Dunia sudah melupakan Peter Parker, namun dia masih belum mampu melupakan insan-insan yang pernah memenuhi hidupnya. Spider-Man: Brand New Day membuka lembaran lebih sunyi buat adiwira itu apabila Peter kini menumpukan seluruh kehidupannya untuk memerangi jenayah sebagai Spider-Man. Tekanan melihat sahabat lamanya meneruskan kehidupan tanpa mengingatinya mencetuskan perubahan yang mungkin tidak mampu dikawal. Namun, transformasi tersebut berkemungkinan menjadi satu-satunya kekuatan untuk menghentikan ancaman baharu yang tidak dapat dilihat. Diarahkan Destin Daniel Cretton, filem ini dibintangi Tom Holland, Zendaya, Sadie Sink, Jacob Batalon, Jon Bernthal, Michael Mando dan Mark Ruffalo. Treler akhirnya kini dilancarkan, sementara tiket sudah mula dijual menjelang tayangan di pawagam Malaysia pada 30 Julai 2026...

Read More