Sejarah industri perfileman Malaysia mencatatkan babak baharu ketika francais Polis Evo meraikan ulang tahun ke-10 menerusi acara istimewa 'Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun' yang dikuasakan oleh Kopi WONDA. Pencapaian luar biasa ini menandakan satu dekad kegemilangan yang mengangkat martabat sinema tempatan ke persada antarabangsa.
Sejak kemunculan perdana pada 2015, Polis Evo telah menjadi francais filem nombor satu di Malaysia dan merupakan satu-satunya francais tempatan yang masih diteruskan sepanjang satu dekad. Trilogi ini mencatat rekod kutipan yang menakjubkan: filem sulung meraih RM17.8 juta (2015), sekuel kedua RM22.45 juta (2018), dan Polis Evo 3 yang mencapai RM54 juta pada 2023, menjadikannya antara 5 filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.


Malam gala yang berlangsung di TGV Cinemas menghimpunkan kesemua arkitek kejayaan francais ini. Barisan pelakon lengkap hadir termasuk Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish, Hasnul Rahmat, Ayie Hushairy, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Farali Khan, Ezatty Abdullah, Riz Amin, Iman Corrine, Zulin Aziz, Dato Afdlin Shauki, Jasper Supayah, Dennis Yin dan Ungku Hariz.
Turut hadir Penerbit Eksekutif Raja Jastina Raja Arshad, pencetus idea asal Joel Soh, Anwari Ashraf, Kyle Goonting, serta para pengarah Syafiq Yusof, Ghaz Abu Bakar, Andre Chiew yang telah menjadi tulang belakang kejayaan francais ini.
Prestasi Polis Evo melampaui sekadar kutipan pawagam. Filem pertama mencatatkan lebih 117 juta tontonan di media sosial, manakala Polis Evo 3 menjangkau 521 juta tontonan di TikTok sahaja. Pencapaian digital ini membuktikan resonansi mendalam francais ini dengan audiens Malaysia.


"10 tahun kukuh relevan sebagai sebuah francais bukanlah sesuatu yang mudah," ujar Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw. "Polis Evo telah berkembang dan menjadi pencetus perubahan dengan menetapkan penanda aras baharu untuk sinema Malaysia. "Francais ini memenangi Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016 dan Anugerah Emas Malaysia untuk Kempen Pemasaran Filem di PMAA Dragons Malaysia, menjadikan Astro Shaw syarikat korporat pertama meraih anugerah tersebut.
Lebih daripada hiburan semata, Polis Evo telah menjadi ekosistem yang memupuk bakat seni Malaysia. Francais ini membuka ruang luas buat penulis seperti Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf yang kini berkembang menjadi pengarah dan penulis berpengaruh. Watak ikonik Inspektor Khai dan Inspektor Sani telah menjadi fenomena budaya pop Malaysia, membuktikan kekuatan penceritaan yang autentik dan relatable.



Ulang tahun ke-10 ini menandakan permulaan babak baharu dengan 'Evo: Mat Yam' untuk premium siri Astro Originals. Komitmen Astro Shaw untuk terus memperkasakan universe Polis Evo menunjukkan keyakinan terhadap potensi francais ini.
Kopi WONDA, jenama kegemaran Malaysia, membuka pintu kepada legasi Polis Evo melalui pengalaman eksklusif yang mendekatkan peminat dengan francais ikonik ini. Peminat berpeluang:


Polis Evo telah membuktikan bahawa filem tempatan mampu bersaing di pasaran global sambil mempertahankan identiti Malaysia yang unik. Dengan kualiti visual bertaraf antarabangsa, strategi pemasaran inovatif, dan penceritaan yang menyentuh hati, francais ini telah mengubah persepsi masyarakat terhadap sinema tempatan.
"Pencapaian ini tidak mungkin diraikan tanpa sokongan peminat," tambah Raja Jastina. "Hari ini, kami meraikan Polis Evo dengan menghimpunkan kembali semua tenaga kreatif dalam majlis reunion istimewa ini." Dekad gemilang Polis Evo bukan sekadar catatan sejarah, ia adalah manifestasi kemampuan industri kreatif Malaysia untuk terus berkembang dan menginspirasi generasi baharu.
