Kembali ke kaca televisyen menerusi Pak Su Ammara, terbitan Global Station Sdn Bhd untuk Astro Ria setelah hampir 16 tahun meninggalkan drama bersiri, Naskhah 20 episod ini menyaksikan Que Haidar menghidupkan watak Firdaus atau Pak Su, bergandingan dengan Ummi Nazeera serta barisan pelakon berpengalaman seperti Dian P Ramlee dan Syazwan Zulkifly. Di bawah arahan Azri Izhar, drama ini mengangkat kisah Hamiza, seorang guru prasekolah yang keluar daripada perkahwinan toksik dan menempuh kehidupan sebagai ibu tunggal sebelum bertemu Pak Su. Kepulangan Que menandakan fasa baharu yang lebih matang, memilih produksi dengan tenaga positif, watak berlapik emosi dan cerita yang menekankan empati serta pemulihan diri...
Read More