
oleh: zizi hashim
Riuh-rendah dapur menjelang Syawal selalu membawa aroma kenangan. Bunyi sudip berlaga, gurau senda ahli keluarga, dan resipi lama yang diwarisi turun-temurun. Semangat itulah yang diraikan oleh Spritzer Sparkling menerusi kempen Raya 2026 bertajuk “Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana”, sebuah inisiatif yang mengajak rakyat Malaysia mengekalkan tradisi sambil meneroka idea baharu yang lebih kreatif dalam penyediaan hidangan perayaan.
Kempen ini memperlihatkan bagaimana minuman berkarbonat semula jadi itu bukan lagi sekadar penyegar di meja makan, tetapi turut berperanan sebagai ramuan unik dalam resipi tradisional. Melalui pendekatan yang segar, Spritzer Sparkling menunjukkan bagaimana gelembung semula jadinya mampu memberi tekstur lebih ringan, rangup serta membantu melembutkan hidangan tanpa menjejaskan keaslian rasa masakan.
Antara hidangan yang diperkenalkan semula dengan sentuhan baharu termasuk Cucur Udang Crispy, Rendang Tok Melting serta Roti Jala bersama Kari Ayam. Resipi tersebut memperlihatkan bagaimana sedikit sentuhan Spritzer Sparkling mampu menghasilkan adunan lebih ringan dan rangup, selain membantu melembutkan daging sambil mempercepatkan proses memasak. Bagi minuman pula, kempen ini turut mengetengahkan pilihan segar seperti Bunga Longan Sparkling serta Limau Selasih Pudina Sparkling, dua minuman yang memadukan rasa tradisional dengan kesegaran moden: sesuai dinikmati selepas seharian berpuasa ataupun ketika menerima tetamu di rumah terbuka.

Menurut Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan, sambutan Aidilfitri sentiasa berkait-rapat dengan makanan yang menyatukan keluarga di meja makan. Beliau menjelaskan bahawa kempen ini bertujuan menunjukkan bahawa tradisi dan warisan tidak perlu ditinggalkan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sebaliknya, inovasi boleh menjadi cara untuk memperkayakan pengalaman tersebut tanpa menghilangkan identiti asal hidangan perayaan.
“Melalui kempen Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana, kami ingin memperlihatkan bahawa tradisi boleh terus diraikan dengan perspektif baharu. Spritzer Sparkling bukan sekadar minuman yang menyegarkan, tetapi juga bahan serba guna yang mampu memperkayakan rasa makanan dan minuman perayaan, sambil mencipta detik indah ketika keluarga berkumpul menikmati hidangan,” jelas beliau.
Bagi memeriahkan lagi kempen tersebut, Spritzer turut mempersembahkan sebuah filem muzikal Raya berjudul “Samting-Samting” yang membawa pendekatan ringan, lucu dan penuh emosi tentang kehidupan keluarga. Filem pendek ini menampilkan Fimie Don dan Wani Kayrie sebagai pasangan pengantin baharu yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri pertama mereka. Turut memeriahkan jalan cerita ialah Elliza Razak yang memegang watak Mak Ngah, seorang ketua dapur keluarga yang terkenal dengan resipi tradisionalnya.

Kisahnya bermula apabila watak Alia, yang dibawakan oleh Wani Kayrie, masuk ke dapur untuk menyediakan hidangan Raya keluarga dengan caranya sendiri yang lebih moden. Tanpa disedari, sentuhan rahsia yang digunakannya menjadikan masakan tersebut luar biasa enak. Mak Ngah yang terkenal dengan kepakaran memasaknya mula merasakan sesuatu yang “tidak kena”. Dalam nada penuh humor, beliau mula menyiasat apakah “samting-samting” yang membuatkan hidangan itu terasa berbeza.
Naratif ringan ini kemudian berkembang menjadi kisah yang menggabungkan komedi, muzik serta dinamika keluarga, menggambarkan bagaimana perbezaan generasi akhirnya menemukan titik persefahaman apabila tradisi dan inovasi disatukan. Selain menonton filem tersebut, orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai resipi Raya yang menggunakan Spritzer Sparkling melalui laman mikro khas kempen Raya Spritzer. Platform tersebut turut menyediakan maklumat mengenai promosi serta aktiviti ramah mesra bersama Fimie Don dan Wani Kayrie yang dianjurkan di lokasi terpilih.
Kempen ini turut disokong dengan pelbagai promosi pembelian di kedai-kedai terpilih seluruh negara, memberikan peluang kepada pengguna untuk membawa pulang hadiah istimewa bersama produk Spritzer Sparkling sepanjang musim perayaan.
Sejak penubuhannya pada tahun 1989, Spritzer telah berkembang menjadi salah satu jenama air botol terkemuka Malaysia. Air mineralnya diekstrak dari kawasan hutan hujan terlindung seluas 430 ekar di Taiping, melalui proses penapisan semula jadi selama lebih 15 tahun sebelum diperkaya dengan mineral penting seperti silika, yang menyokong kesihatan kulit, rambut dan tulang.
Komitmen terhadap kualiti turut disokong dengan amalan kemampanan yang menyeluruh. Setiap botol dihasilkan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula sepenuhnya, sementara proses pengeluaran mematuhi standard keselamatan yang diuji setiap tahun oleh SIRIM, termasuk pengesahan bahawa produk tersebut bebas daripada mikroplastik.
Melalui kempen “Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana”, Spritzer Sparkling bukan sekadar memperkenalkan idea resipi baharu, tetapi juga mengingatkan bahawa tradisi boleh terus hidup dan berkembang apabila generasi lama dan baharu berkongsi dapur, cerita serta kegembiraan yang sama.Di sebalik setiap hidangan dan gelas minuman yang dihidangkan, tersembunyi satu mesej sederhana bahawa kemeriahan Syawal sering tercipta daripada detik kecil yang dikongsi bersama keluarga.