Glow Up Raya Musical Showcase Tutup Tirai Raya Dengan Ledakan Muzik Dan Aura Penuh Gaya di Sungei Wang

Acara penutup kempen “Glow Up Raya” di Sungei Wang Plaza yang berlangsung pada 29 Mac 2026. Persembahan berskala besar ini menghimpunkan artis tempatan seperti MimiFly, Aufa Hanie, Zubir Khan dan Naim Daniel dalam satu pengalaman hiburan yang meriah dan bertenaga. Dengan kerjasama ERA FM dan hos Shasha, acara ini berjaya menarik kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, anak muda dan pelancong. Lagu-lagu raya moden dipersembahkan dalam suasana interaktif yang membolehkan penonton turut serta menikmati pengalaman tersebut. Lebih daripada sekadar persembahan muzik, acara ini menjadi simbol kebersamaan dan kemeriahan Aidilfitri dalam pendekatan moden, sekali gus mengukuhkan peranan Sungei Wang sebagai pusat komuniti dan gaya hidup di Kuala Lumpur...

Read More  

Spritzer Sparkling ‘Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana’ Hidupkan Tradisi Raya Dengan Sentuhan Moden “Samting-Samting”

Menyemarakkan sambutan Aidilfitri 2026 melalui kempen “Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana”, yang menggabungkan tradisi masakan Raya dengan sentuhan moden. Kempen ini memperkenalkan pelbagai resipi menggunakan Spritzer Sparkling seperti Cucur Udang Crispy, Rendang Tok Melting serta minuman Bunga Longan Sparkling dan Limau Selasih Pudina Sparkling. Bagi memeriahkan lagi kempen tersebut, Spritzer turut melancarkan filem muzikal Raya berjudul “Samting-Samting” yang dibintangi Fimie Don, Wani Kayrie dan Elliza Razak. Filem ini mengisahkan pasangan pengantin baharu yang membawa pendekatan moden ke dapur keluarga ketika menyediakan hidangan Raya. Melalui gabungan muzik, komedi dan kisah kekeluargaan, kempen ini mengajak rakyat Malaysia meraikan Aidilfitri dengan kreativiti baharu tanpa meninggalkan warisan tradisi...

Read More  

Sungei Wang Plaza Raikan 'The Glow Up Raya 2026' Dengan Budaya, Muzik Dan Kemeriahan Kota

Berlangsung dari 28 Februari hingga 29 Mac 2026 sebagai sebahagian sokongan kepada inisiatif Visit Malaysia 2026. Kempen ini menggabungkan elemen warisan budaya dengan gaya hidup kontemporari menerusi dekorasi kampung tradisional, persembahan seni dan pelbagai aktiviti komuniti. Antara acara utama termasuk Glow Up Raya Musical Showcase pada 29 Mac yang menampilkan artis tempatan seperti MimiFly, Aufa Hanie, Zubir Khan dan Ammar Haikal dengan hos ERA FM, Sha Sha. Pengunjung juga boleh menikmati Festival Warisan Nusantara Fashion Show, persembahan muzik, bengkel miniatur Raya, bazar perayaan serta program ganjaran eksklusif. Kempen ini turut merangkumi inisiatif sosial Raya Give and Glow yang menyokong komuniti pelarian serta aktiviti berbuka puasa bersama masyarakat setempat...

Read More