Sensasi Padu 'The Running Man' Buat Penonton Tak Senang Duduk Sampai Penghujung

Masuk ke sebuah dunia yang terasa terlalu dekat dengan zaman kita, sebuah masa depan yang dipacu oleh hiburan ganas, ketagihan visual, dan masyarakat yang rela tenggelam dalam ilusi yang dicipta televisyen. Adaptasi Edgar Wright ini lebih tajam, lebih sinis, dan lebih menyengat berbanding versi 1987, memaparkan pergelutan Ben Richards, seorang bapa yang hanya ingin membeli waktu untuk menyelamatkan anaknya. Dengan satira sosial, visual futuristik dan aksi yang meledak, filem ini memantulkan wajah masyarakat yang sanggup menukar empati demi sensasi. Meski babak akhirnya kurang kemas, perjalanan filem ini masih meninggalkan gema yang lama berbekas...

Read More  

Liku-Liku Kehidupan Pencuri Yang Ingin Menjadi Baik, Bukan Mudah Dalam 'The Bad Guys 2'

Selepas insiden penuh aksi dalam filem pertama, kumpulan penjenayah terkenal, Mr. Wolf, Mr. Snake, Mr. Shark, Ms. Tarantula dan Mr. Piranha, kini berusaha menjalani kehidupan baharu sebagai ‘orang baik’. Namun, laluan untuk berubah tidak semudah yang disangka. Dalam sekuel ini, mereka berdepan cabaran moral, gangguan musuh lama, serta dilema dalaman yang menggugat tekad mereka untuk kekal di jalan lurus. Dengan misi baharu yang membingungkan, mereka perlu buktikan bahawa harimau pun boleh tukar belang kalau kena caranya. Penuh dengan aksi, humor dan detik menyentuh hati, The Bad Guys 2 mengupas makna sebenar perubahan dan penerimaan diri. Adakah mereka benar-benar sudah berubah, atau sekadar menyamar demi peluang kedua?

Read More