Smurfs (2025): Sebuah Balada Biru Tentang Pencarian Identiti Diri Dan Erti Sebenar Sebuah Nama

Seorang Smurf tanpa nama mulai merasakan kekosongan dalam dirinya, siapakah dia sebenarnya di antara ratusan Smurf lain yang punya nama, peranan dan identiti tersendiri? Didorong oleh rasa ingin tahu dan krisis jati diri, No Name tiba-tiba terjebak menjelajah dunia manusia demi mencari jawapan. Bersama Smurfette, Brainy, Clumsy, dan Hefty, mereka menempuhi pelbagai cabaran ajaib, termasuk ancaman 2 penyihir bersaudara, Gargamel dan Razamel. Dalam perjalanannya, mereka menemui persahabatan yang lebih mendalam, keberanian yang tak terduga, dan pelbagai kejutan yang boleh mengubah dunia Smurf untuk selama-lamanya. Smurfs (2025) ialah kisah muzikal animasi yang menyentuh tentang pencarian identiti, kekuatan menjadi diri sendiri, dan erti sebenar sebuah nama...

Read More  

Kembalinya Ancaman Dinosaur Dalam 'Jurassic World Rebirth' Tetapi Dibalut Terlalu Tipis

Menghidupkan semula keajaiban lama dengan sentuhan moden yang bercampur rasa. Berlatarkan 5 tahun selepas Dominion, dunia kini sudah lali dengan kewujudan dinosaurus. Bukan lagi ancaman, cuma gangguan harian. Namun saat DNA hibrid menjadi rebutan, pasukan ekspedisi dihantar ke pulau rahsia yang menyimpan bahaya jauh lebih besar daripada yang dijangka. Scarlett Johansson, Mahershala Ali dan Jonathan Bailey membawa watak dengan penuh komitmen, tetapi dialog dan dinamika mereka agak hambar. Visualnya memukau, muziknya menggetar, dan beberapa adegan aksi mengingatkan semula detik kita jatuh cinta pada francais ini. Namun subplot yang lemah dan pacing yang lambat mencairkan impaknya. Rebirth hadir dengan serpihan nostalgia, tetapi magisnya… hanya sesekali terasa menyentuh...

Read More  

Teka Teki Psikologi 'Drop' Kisah Temujanji Pertama Bertukar Ngeri

Violet Gates, seorang ibu tunggal yang sedang cuba membina semula hidupnya selepas tragedi peribadi, memulakan temu janji pertama dengan seorang lelaki bernama Henry Campbell. Namun, malam yang sepatutnya tenang bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Violet mula menerima mesej DigiDrop misteri dari seseorang yang tidak dikenali dalam restoran. Mesej-mesej itu mengandungi ancaman mengerikan—arahannya jelas: bunuh Henry, atau anak Violet akan dibunuh. Dalam ruang restoran yang eksklusif tetapi terasing, Violet terperangkap dalam permainan psikologi yang menggugat kewarasannya. Filem ini meneroka tekanan mental, keibuan, dan bahaya teknologi dalam dunia moden yang semakin tidak bersempadan...

Read More