My Boo 2: Kisah Cinta Lintas Dunia Manusia Dan Hantu Di Setiap Takdir Yang Terikat Karma

Cinta yang terus berdegup meskipun jarak antara dunia nyata dan alam roh memisahkan Jo dan Anong. Sekuel garapan Khomkrit Treewimol ini mengikuti perjalanan Jo menembusi kehidupan lampau: terkadang sebagai perajurit, terkadang sebagai penyiasat, hanya untuk bertemu semula dengan Anong di setiap takdir yang terikat karma. Filem berdurasi 117 minit ini mengadun komedi, seram, nostalgia dan drama dengan gaya ringan khas Thailand. Ketika kebenaran kematian Anong terbongkar, cinta mereka diuji antara harapan untuk terus bersama atau keperluan melepaskan. My Boo 2, tayang di Malaysia mulai 4 Disember 2025, merakam cinta lintas dunia yang pahit, manis, dan menghantui hati penonton lama selepas kredit terakhir meredup...

Read More  

Menjejak Gunung Demi 'Pencarian Terakhir' Cetus Atmosfera Meremang Bulu Roma!

Drupadi, remaja yang kembali ke Gunung Sarangan untuk mencari jawapan atas kehilangan ibunya, Sita, tujuh tahun lalu. Perjalanan ini membawa dia bersama Raka dan rakan-rakannya ke dalam hutan berkabut yang menyimpan pantang larang, misteri dan bahaya supernatural. Konflik emosional antara Drupadi dan ayahnya, Tito, menjadi teras cerita, memperlihatkan trauma lama yang belum sembuh. Ketika masuk lebih jauh ke gunung, ancaman alam dan makhluk ghaib bergabung, menguji persahabatan, keberanian dan keyakinan mereka. Sinematografi memukau dan sound design menambah ngeri, menjadikan filem ini pengalaman horor emosional tentang cinta, kehilangan dan pencarian yang belum selesai...

Read More  

Budaya Buli Membunuh, 'Attack 13' Kupas Realiti Yang Tak Pernah Sembuh

Di sebuah sekolah, aura persaingan di gelanggang bola tampar bertukar menjadi medan penindasan. Jindahra, pelajar yang baru berpindah cuba mencari ruang baharu, segera berdepan sengketa dengan Bussaba, si ratu sekolah yang disanjung guru tetapi menzalimi rakan sekelas. Dibantu geng setianya, Bussaba menjadikan buli sebagai senjata kekuasaan. Namun, segalanya berubah bila Bussaba ditemui mati tergantung di gimnasium. Dari saat itu, satu demi satu kejadian aneh menghantui sekolah, roh Bussaba kembali menuntut dendam. Jindahra dan rakan-rakannya diberi tempoh 3 hari untuk mencari siapa yang membangkitkan roh itu sebelum mereka menjadi mangsa. Attack 13 gabungkan seram, thriller dan drama sosial, mempersoalkan bagaimana budaya buli yang dibiarkan mampu berubah menjadi keganasan paling menggerunkan...

Read More  

Filem Seram-Heist 'Gundik' Bikin Penonton Ketawa, Takut Dan Gementar Dalam Satu Nafas

Sebuah rompakan yang dirancang rapi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Otto, bekas tentera yang baru dibebaskan, mengumpulkan geng lamanya untuk merompak rumah seorang gundik misteri bernama Nyai. Di sebalik dinding rumah kolonial yang megah, tersembunyi rahsia mistik dan kuasa gelap yang tidak terjangkau logik. Nyai bukan sekadar wanita simpanan; dia jelmaan penjaga Pantai Selatan yang membawa malapetaka kepada mereka yang melangkah tanpa izin. Dibumbui humor gelap, visual memukau dan mitos budaya tempatan, Gundik menggabungkan elemen heist, seram dan komedi dalam satu naratif mendebarkan. Ketawa, jerit dan jantung berdegup, semuanya bersatu dalam naskhah arahan Anggy Umbara ini. Satu malam, satu rumah, satu rahsia... mampukah mereka keluar hidup-hidup?

Read More