Antara Realiti Dan Halusinasi, 'SUKMA' Kupas Perjalanan Batin Manusia Menelusuri Obsesi

Bukan seram yang menjeritkan takut, tapi satu perjalanan ke dalam batin manusia menelusuri hasrat, obsesi, dan bayang yang tak mudah dijelaskan. Digarap oleh sutradara Baim Wong, filem ini menyingkap rahsia sebuah keluarga yang hidupnya terbalik selepas menemukan cermin kuno di rumah baharu mereka. Dibintangi oleh Luna Maya, Fedi Nuril, Oka Antara, dan Christine Hakim, kisahnya bergerak antara realiti dan halusinasi, antara cinta dan dendam. Ratih Kumala menulis naskhah yang menggali sisi kelam manusia: keinginan untuk kekal muda, cantik, dan sempurna. Dengan visual suram, emosi rapuh, dan lakonan yang menggetarkan, Sukma berdiri sebagai karya yang memaksa kita melihat bukan sekadar hantu di sebalik cermin, tetapi diri sendiri yang menatap dari seberang...

Read More  

Filem Seram-Heist 'Gundik' Bikin Penonton Ketawa, Takut Dan Gementar Dalam Satu Nafas

Sebuah rompakan yang dirancang rapi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Otto, bekas tentera yang baru dibebaskan, mengumpulkan geng lamanya untuk merompak rumah seorang gundik misteri bernama Nyai. Di sebalik dinding rumah kolonial yang megah, tersembunyi rahsia mistik dan kuasa gelap yang tidak terjangkau logik. Nyai bukan sekadar wanita simpanan; dia jelmaan penjaga Pantai Selatan yang membawa malapetaka kepada mereka yang melangkah tanpa izin. Dibumbui humor gelap, visual memukau dan mitos budaya tempatan, Gundik menggabungkan elemen heist, seram dan komedi dalam satu naratif mendebarkan. Ketawa, jerit dan jantung berdegup, semuanya bersatu dalam naskhah arahan Anggy Umbara ini. Satu malam, satu rumah, satu rahsia... mampukah mereka keluar hidup-hidup?

Read More  

Luka Lama Ditabur Garam Jadi Trauma Gelap Di 'Jalan Pulang'

Seorang ibu bernama Lastini bergelut dengan waktu dan takdir demi menyelamatkan anak perempuannya, Arum, daripada gangguan roh Marsinah, entiti ghaib yang merampas sedikit demi sedikit nyawa anak itu pada ulang tahunnya. Didorong oleh kasih sayang dan ketakutan, Lastini bersama 2 anak lain menjelajah ke pelosok nusantara mencari dukun dan ritual penyembuhan yang mampu menghentikan sumpahan. Namun semakin jauh mereka melangkah, semakin kabur batas antara realiti, trauma dan kepercayaan. Jalan Pulang adalah ratapan sunyi tentang kehilangan, dendam keluarga, dan warisan budaya yang penuh makna. Berbalut sinematografi kelam dan lakonan menusuk jiwa, filem ini menyentuh sisi terdalam jiwa dan menyoal semula makna ‘pulang’...

Read More