Biopik Sarat Emosi, Aura Legenda 'Michael' Bagaikan Hidup Kembali, Tak Pernah Mati

Kisah perjalanan hidup Michael Jackson dari zaman kanak-kanak bersama Jackson 5 hingga menjadi Raja Pop dunia. Dibintangi oleh Jaafar Jackson dan diarahkan oleh Antoine Fuqua, filem ini menampilkan sisi kejayaan, tekanan keluarga, serta konflik dalaman yang membentuk dirinya. Hubungan dengan ayahnya, pengaruh tokoh penting seperti Quincy Jones, serta momen besar seperti insiden Pepsi 1984 turut dipaparkan. Filem ini juga menyentuh isu kesihatan seperti vitiligo dan sisi kemanusiaan Michael. Dengan gabungan persembahan muzik, emosi dan naratif realistik, filem ini memperlihatkan harga sebenar di sebalik kemasyhuran dan pilihan hidup yang kompleks...

Read More  

Liar Dan Tanpa Kompromi, 'Lee Cronin's The Mummy' Filem Paling Seram Setakat Tahun Ini

Mengikuti kisah sebuah keluarga Amerika yang kehilangan anak perempuan mereka, Katie, ketika berada di Mesir. Selepas lapan tahun, Katie ditemui semula, namun perubahan fizikal dan tingkah lakunya menimbulkan ketakutan yang sukar dijelaskan. Ketika keluarga cuba menerima kehadirannya kembali, rahsia gelap mula terungkai, berkait dengan mitos kuno dan kuasa ghaib yang menguasai tubuhnya. Sementara itu, seorang detektif di Mesir menyiasat kejadian misteri yang berkait dengan kehilangan Katie. Filem ini menggabungkan elemen seram, emosi dan mitologi, memperlihatkan bagaimana trauma, kehilangan dan kuasa purba boleh menghancurkan kehidupan manusia...

Read More