Kisah Sofia yang hidupnya musnah selepas dikhianati kekasih dan sahabat baiknya sehingga dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya. Selepas dibebaskan, Sofia bangkit dengan satu tekad untuk membalas dendam. Dalam perancangannya, dia mengahwini Datuk Muzaffar, seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga bapa kepada bekas kekasihnya. Tindakan ini meletakkan Sofia dalam kedudukan sebagai mentua kepada musuh lamanya, sekali gus mencetuskan konflik baharu yang lebih kompleks. Dendam, kuasa dan emosi saling bertembung dalam sebuah keluarga elit yang penuh manipulasi. Drama ini bersiaran di Astro Prima bermula 4 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka...

Read More  

Azam, seorang pelumba jalanan yang hidup dalam dunia penuh risiko, kelajuan dan pilihan sukar. Pertemuannya dengan Ratna, seorang gadis buta yang menerima dirinya dengan ikhlas, membuka ruang kepada cinta yang tidak dijangka serta membawa cahaya dalam hidupnya yang gelap. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan akibat daripada keputusan yang pernah dibuat. Dalam usaha melindungi masa depan Ratna dan orang tersayang, dia membuat pilihan paling sukar, melepaskan cinta yang bermakna demi kebaikan bersama. Filem ini mengangkat tema pengorbanan, harapan dan pencarian arah hidup di tengah dunia yang penuh cabaran dan emosi yang mendalam...

Read More  

Kisah perjalanan hidup seorang mat motor bernama Azam yang mengalami perubahan besar selepas secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta bernama Ratna. Pertemuan yang tidak dirancang itu membuka lembaran baharu dalam hidupnya, memaksa Azam berdepan rasa bersalah, tanggungjawab dan pencarian makna kehidupan. Hubungan yang terjalin antara mereka membawa Azam menyedari nilai empati, penerimaan dan kekuatan melihat dengan hati. Dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol serta disokong oleh Que Haidar, Riezman Khuzaimi, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin dan Akmal Asyraf, filem ini diarahkan oleh Nazifdin Nasrudin dan diterbitkan oleh Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw serta Primeworks Studios. Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac 2026...

Read More  

Wajah era baharu Tonton, Tracie Sinidol dan Jazmy Juma membuka lembaran segar untuk platform hiburan ini memasuki 2026. Kempen “Takde Tonton, Tak Nak Kawan” memfokuskan hubungan penonton muda dengan dunia penstriman yang semakin menjadi budaya bersama. Fenomena gandingan mereka dalam Hilang Dalam Rindu menjadi asas kepada kerjasama baharu ini, memandangkan kedua-duanya memiliki daya tarikan tersendiri dan pengaruh kuat dalam kalangan generasi digital. Tonton terus mengukuhkan kedudukan melalui pelan Tonton Up pada harga RM9.90 yang menawarkan akses fleksibel kepada kandungan premium. Dengan aura, kepetahan dan karisma duo ini, Tonton melangkah ke tahun baharu sebagai platform hiburan yang lebih segar dan lebih dekat dengan belia Malaysia...

Read More