Menyapa dengan single terbaharu berjudul Arus & Arah, lagu penuh semangat dan emosi yang diangkat sebagai runut bunyi rasmi drama bersiri Anak-Anak Mafia terbitan Tonton. Dihasilkan bersama John Jeeves dan Iqie Hugh, lagu ini hadir dengan konsep “fast-pace” dan suntikan motivasi buat mereka yang sedang mencari kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan. Proses rakaman yang mencabar membuktikan dedikasi Firdaus Rahmat dalam menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan. Dengan gabungan pop dan rock moden, Arus & Arah bukan sekadar lagu tema, tetapi sebuah karya yang menyentuh jiwa, selari dengan naratif watak-watak dalam drama tersebut. Lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital, manakala drama disiarkan eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis...

Read More