Sebuah kisah yang lahir daripada realiti semakin menghampiri penonton apabila Tiket Sehala bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos 2026. Filem survival thriller terbitan Key Billions Sdn. Bhd. ini mengangkat isu penipuan pekerjaan (job scam) dan pemerdagangan manusia, yang semakin membimbangkan masyarakat. Dirai dalam Majlis Gala Premiere di TGV Cinemas Sunway Pyramid, filem arahan Rahila Ali ini menghimpunkan barisan pelakon dari Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia dalam sebuah penceritaan yang sarat dengan debaran, emosi dan pengorbanan. Di sebalik ketegangan yang dipaparkan, Tiket Sehala membawa mesej tentang harapan, nilai kebebasan dan pentingnya kewaspadaan agar tragedi yang sama tidak terus berulang dalam kehidupan sebenar...
Read More