Mengisahkan pertembungan dua kembar terpisah, Emir Khalid, seorang penjenayah dan Imar Khalid, Inspektor Polis berprinsip. Tragedi menyatukan mereka apabila Imar ditembak dan menyerahkan identiti polisnya kepada Emir demi melarikan diri, bersama satu janji yang wajib ditunaikan. Menggunakan format case-of-the-week sepanjang 8 episod, siri ini mengetengahkan kes jenayah berbeza yang menyentuh isu sosial seperti penipuan identiti, tekanan lelaki moden, marginalisasi dan penderaan rumah tangga. Diterajui Aiman Hakim Ridza dalam dua watak bertentangan, Bad Cop menyoal makna integriti, identiti dan harga sebuah pilihan...

Read More  

Menyusuri kisah Adila, seorang peguam muda berhijab yang menyimpan sisi rahsia sebagai DJ malam. Hidupnya berubah saat mengenali Fabian, lelaki berbangsa Cina yang perlahan-lahan mencuri hatinya. Namun hubungan mereka diuji apabila identiti sebenar Adila terbongkar kepada keluarga Fabian, mencetuskan penolakan, tekanan sosial dan kecaman netizen. Terperangkap antara prinsip, minat dan cinta yang tidak direstui, Adila bergelut mencari ruang untuk menjadi diri sendiri. Telefilem sulung arahan Siti Saleha ini mengangkat dilema wanita kontemporari yang tersepit antara dua dunia, yang satu menuntut kesempurnaan, yang satu lagi mendambakan kebebasan. Dibintangi Auni Yusri dan Zhen Ning, membuka tirai projek khas Dari Layar Ke Lensa sempena ulang tahun ke-41 TV3...

Read More