Wani Kayrie terus melakar langkah berani dalam dunia muzik apabila melancarkan EP sulung bertajuk “W2K” serta single terbarunya “Biarkan” dalam satu acara Listening Party di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2025. Acara anjuran Rocketfuel Entertainment ini menjadi pentas eksklusif buat Wani memperkenalkan lima buah karya yang mencerminkan sisi lebih matang, berani dan peribadi dalam naratif muziknya. “Biarkan”, single utama ciptaan Audi Mok, Amylea Azizan dan John Jeeves, mengangkat emosi luka yang dibalut tenang. Acara turut dihadiri peminat setia, media dan rakan industri sebagai tanda sokongan kepada evolusi baharu Wani sebagai penyanyi, komposer dan ikon suara generasi kini. EP “W2K” boleh distrim di semua platform digital mulai 28 Julai 2025...

Read More  

Selepas mencuri tumpuan dengan “Mona Lisa (Bang Bang)”, ALPHA melangkah lebih jauh dengan balada "P. Ramlee & Saloma" sebuah karya yang menyulam kenangan dan jiwa. Dicipta oleh Justin Seow, Mohsein Kush dan RFE, lagu ini tampil sebagai tafsiran segar terhadap warisan seni yang agung, menyatukan melodi penuh perasaan dan harmoni vokal tujuh anak muda berjiwa besar. Bukan klise nostalgia, tetapi satu keberanian untuk menjulang semula dua ikon budaya Melayu dengan kepekaan generasi kini. ALPHA membuktikan bahawa cinta terhadap seni boleh dizahirkan dalam bentuk baharu, tanpa kehilangan jiwa asalnya. Dengan kehadiran video muzik yang bakal menambah lapisan naratif, "P. Ramlee & Saloma" menjadi cerminan kematangan, dedikasi dan potensi mereka yang tidak terhad. Sebuah persembahan yang membisikkan harapan buat muzik tempatan terus bersinar di pentas dunia...

Read More  

Mengumumkan konsert solo perdananya "Konsert Hael Husaini & Repertoire" di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2025, juara AJL 2 tahun berturut-turut dan komposer di sebalik lagu "Anta Permana" yang masuk playlist rasmi King Charles III ini akan mempersembahkan sebuah rhapsody multidimensi yang menggabungkan muzik, fesyen, dan visual sinematografi. Turut menyertai Hael pada konsert tersebut adalah Dayang Nurfaizah, Nadeera, Wany Hasrita, dan Nabila Razali. Konsert ini menjanjikan transformasi landskap seni Malaysia melalui pengalaman holistik yang merangkumi perjalanan kreatif sang arkitek jiwa. Tiket dijual bermula 3 Jun 2025 melalui ticket2u.com.my...

Read More