Kembara emosi yang lahir daripada tekanan hidup dewasa, pengorbanan senyap dan pencarian makna kejayaan sebenar. Di sebalik visual animasi yang memukau, tersembunyi cerita yang dekat dengan realiti: tentang tanggungjawab, impian yang tertangguh, dan keberanian untuk mengakui kelemahan diri. Filem ini menyentuh hati pelbagai generasi dengan pendekatan matang yang jarang diterokai dalam animasi tempatan, menjadikannya lebih daripada sekadar hiburan keluarga. Respon hangat penonton membuktikan bahawa kisah yang jujur sentiasa menemukan jalannya. Papa Zola The Movie kini mencipta fenomena tersendiri, mengajak penonton ketawa, tersentuh dan berfikir tentang hidup, dalam satu pengalaman sinematik yang bermakna...

Read More  

Kuala Lumpur menerima limpahan energi luar biasa apabila Kebena-RUN 2025 menghimpunkan ribuan peminat Papa Zola untuk meraikan tayangan Papa Zola The Movie, yang bakal menemui penonton di seluruh Malaysia dan Brunei bermula 11 Disember 2025. Larian sejauh 5km ini berlangsung pada 7 Disember, di tengah bandar yang menjadi ilham visual filem tersebut. Peserta lengkap berkostum watak kegemaran MONSTA Universe menyertai sesi pemanasan badan, diikuti flag-off khas oleh Papa Zola, Mama Zila, Pipi Zola, BoBoiBoy, Mechamato dan barisan wakil industri termasuk pengarah Nizam Abd Razak, Norsalvina Alwee dari Astro Shaw serta En. Naquib Hamdan dari DBKL. Setiap pelari menerima pakej eksklusif dan menikmati pelbagai aktiviti interaktif. Kebena-RUN 2025 bukan hanya acara sukan, tetapi perayaan besar buat komuniti animasi tempatan...

Read More  

Hadir sebagai lembaran baharu dalam semesta MONSTA, menampilkan kisah asal-usul seorang wira yang selama ini bersembunyi di sebalik lawak dan karisma luar biasa. Naskhah ini mengikuti perjuangan Papa Zola dan Mama Zila menyelamatkan anak mereka, Pipi, setelah diculik makhluk asing yang mengancam keselamatan dunia. Dengan gabungan aksi, komedi, drama keluarga serta visual animasi yang dipertingkat, filem ini memikat penonton pelbagai generasi. Sambutannya meledak melalui tayangan awal yang laris, jelajah maskot yang meriah, serta malam gala yang dipenuhi sorak dan kegembiraan. Filem ini bakal mengembara ke rantau Asia dan Timur Tengah sepanjang 2026, mengukuhkan namanya sebagai animasi Malaysia yang bersedia menembusi pasaran global...

Read More  

Terus mengorak langkah berani dalam dunia perfileman tempatan dengan pendedahan eksklusif imej-imej sulung daripada deretan filem terbaharu 2025, Astro Shaw mencuri tumpuan dengan Abah Saya Uncle Mike, sebuah kisah penuh kasih sayang dan kejutan tentang identiti seorang bapa; Wantugo, filem aksi-thriller yang menjanjikan debaran dengan sentuhan visual luar biasa; Malam Terlarang, naskhah seram psikologi yang mengupas kegelapan tersembunyi dalam jiwa manusia; dan Papa Zola The Movie, adaptasi filem animasi popular yang menjanjikan tawa, aksi dan nostalgia. Setiap filem membawa aura tersendiri, menggambarkan kepelbagaian genre yang ditawarkan oleh Astro Shaw tahun ini. Dengan barisan pelakon hebat dan pendekatan produksi yang semakin matang, filem-filem ini dijangka mencetuskan fenomena tersendiri di pawagam Malaysia...

Read More