Panggung Purnama kembali menerangi langit Kuala Lumpur, kali ini dengan kehadiran 3 penyihir rasa iaitu Pamungkas, Fugo dan Bilal Indrajaya. Pada 28 September 2025, Zepp KL bakal menjadi tempat pelarian bagi jiwa-jiwa yang ingin tenang, mendengar, dan mungkin menangis dalam senyap. Pamungkas hadir buat pertama kali secara solo, membawa lagu-lagu yang menusuk diam. Fugo membuka pentas dengan balada yang menghangatkan malam, manakala Bilal Indrajaya menghidupkan nostalgia yang tak pernah padam. Acara anjuran UdaraLaskhar ini bukan sekadar konsert, ia adalah malam untuk menyentuh semula sisi-sisi diri yang hilang. Tiket telah mula dijual dan malam ini dijangka menjadi salah satu detik paling emosional dalam kalendar muzik Malaysia tahun ini...

Read More