Di saat kebanyakan filem moden bergantung kepada teknologi Computer-Generated Imagery (CGI), CHELOT memilih laluan yang jauh lebih berani. Filem aksi thriller arahan Adrian Teh itu mempertaruhkan penggunaan letupan sebenar dalam sebanyak mungkin babak aksi bagi menghadirkan visual yang lebih autentik dan mendebarkan. Menerusi video di sebalik tabir (BTS), produksi mendedahkan bahawa setiap letupan dirancang dengan teliti, dibantu sokongan Unit Tindak Khas (UTK) serta melibatkan penggambaran di beberapa lokasi utama sekitar Selangor. Malah, sebuah babak aksi yang dirakam secara one-take turut mengakibatkan beberapa kru dan pelakon mengalami kecederaan ringan akibat intensiti penggambaran. Semua pengorbanan itu dilakukan demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih nyata apabila CHELOT menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 27 Ogos 2026...

Read More  

Sebuah misteri sering menjadi lebih mengujakan apabila jawapannya sengaja disembunyikan. Itulah aura yang dibawa CHELOT, filem aksi thriller terbaharu arahan Adrian Teh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Dipasarkan oleh Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, filem ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar dan Alicia Amin. Mengangkat kisah keberanian, pengorbanan serta pertembungan antara keadilan dengan dunia jenayah yang sarat muslihat, CHELOT tampil sebagai sebuah naskhah yang menjanjikan aksi tanpa henti dan emosi yang mendebarkan. Trailer rasminya kini telah dilancarkan, namun satu persoalan masih kekal: apakah sebenarnya makna di sebalik CHELOT?

Read More  

Gegas langkah ke TGV Suria KLCC pada 20 November 2025 membuka sebuah malam yang penuh gegaran emosi, apabila KLEPET diraikan dalam Gala Perdana yang sarat sorakan, tawa dan aura ‘havoc’ yang hampir memecahkan ruang udara. Para pelakon tampil dengan pesona tersendiri, berkongsi bagaimana naskhah aksi-komedi ini dibentuk daripada gabungan spontaniti, visual eksentrik dan jalan cerita yang mengusik adrenalin. KLEPET mengikuti perjalanan Paly, Jany dan Wady yang merancang percutian motorhome, namun segalanya jadi huru-hara setelah kemunculan Lola, gadis dari Ukraine yang menggoncang keseimbangan hidup mereka. Kejaran, hitman, wang berkepuk dan persahabatan yang diuji menjadi intipati kisah yang menggabungkan huru-hara serta nilai insani...

Read More  

Menyingkap pengembaraan gila tiga sahabat iaitu Paly, Jany dan Wady yang hanya mahu bercuti menaiki motorhome, namun takdir mengheret mereka ke kancah kekacauan selepas pertemuan dengan gadis Ukraine bernama Lola. Apa yang bermula dengan tawa berubah menjadi huru-hara penuh aksi apabila mereka diburu penjahat dan dihujani insiden luar jangkaan. Arahan sutradara Indra Putra (Sanji) dan terbitan Wawa Global Sdn. Bhd., Klepet menggabungkan elemen komedi, aksi dan persahabatan dalam satu perjalanan yang sarat makna, mengingatkan bahawa dalam hidup, kekal waras kadang lebih sukar daripada menjadi gila. Tayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 November 2025...

Read More  

Menyingkap kisah Kalsum, seorang gadis tabah yang memilih untuk menjaga adiknya Rose Ameena, anak istimewa sindrom Down yang dibuang keluarga sendiri kerana dianggap sial. Dalam kepayahan hidup, Kalsum berjuang mempertahankan kasih sayang yang tersisa, meski jalan penuh ranjau. Kehadiran Qiuzi, mekanik sederhana namun berhati luhur, seakan memberi sinar baharu, membawa kelembutan dan pengharapan. Namun kedamaian itu tidak bertahan lama apabila muncul Hayden Hayyan, lelaki kompleks yang menyimpan luka dan amarah, lalu menggoncang kehidupan mereka. Di antara hijau yang menenteramkan dan merah yang meresahkan, penonton dibawa menelusuri roller coaster emosi, menyaksikan perjuangan cinta, pengorbanan, dan keberanian seorang anak kecil yang hanya mendambakan rumah tanpa luka...

Read More