Percutian yang menyeronokkan tidak semestinya memerlukan bajet besar. Berpegang pada idea itu, Hotlink bersama TV3 memperkenalkan Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet, sebuah pengembaraan enam episod yang membuktikan pengalaman luar biasa boleh dinikmati dengan perbelanjaan serendah RM70 hingga RM100 sehari. Diketuai Kamal Adli, bersama Hael Husaini, Nabila Razali, Siti Saleha, Izzue Islam, Ain Edruce, Zaki Yamani dan Auddra Zulkifli, siri ini menjelajah enam negeri sambil berkongsi tip percutian bijak, makanan unik dan aktiviti menarik. Disiarkan di TV3 mulai 29 Julai 2026 serta platform digital Hotlink dan TV3, travelog ini menggabungkan hiburan, gaya hidup dan pengurusan kewangan dalam format santai yang dekat dengan realiti rakyat Malaysia...

Read More  

Bliss Juice, Smoothie & Dessert mengumumkan kerjasama strategik bersama penyanyi, pelakon dan usahawan Nabila Razali bagi memperkukuhkan pertumbuhan jenama serta menggalakkan amalan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai, kedua-dua pihak akan bekerjasama melaksanakan kempen pemasaran, program komuniti, inisiatif kesedaran kesihatan dan pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup. Ditubuhkan pada 2023, Bliss terkenal dengan produk jus, smoothie dan pencuci mulut yang dihasilkan menggunakan 100 peratus buah-buahan segar dan kini menawarkan lebih 50 pilihan menu. Bliss turut merancang membuka cawangan baharu di Tropicana Avenue, Shah Alam dan Ara Damansara sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jenama di Malaysia...

Read More  

Single raya terbaharu dari Nabila Razali yang bertindak sebagai prekuel kepada lagu popularnya, Raya Mana? Lagu ciptaan Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin dan Asyraf Nasir dengan produksi MFMF ini mengangkat kisah Bella sebelum berkahwin, ketika masih tinggal bersama keluarga dan merantau bekerja di bandar. Ia menggambarkan keterujaan menyambut Aidilfitri — persiapan baju raya, balik kampung, duit raya serta pertemuan awal dengan Aizat Sahar seperti dipaparkan dalam muzik video. Lagu ini turut menjadi runut bunyi rasmi mini siri Di Sebalik Cahaya Raya yang akan ditayangkan di Viu, mengukuhkan lagi naratif raya Bella...

Read More  

Me.N.U membawa penonton menyusuri perjalanan Lisa, seorang wanita yang berani mempertahankan impian menjadi chef meskipun berdepan tentangan keluarga dan cabaran yang menekan jiwa. Tekadnya makin diuji apabila kerjayanya tergugat selepas membela rakan sekerja, lalu dia berusaha membuka restoran sendiri. Namun, hasrat itu terhalang apabila pinjamannya ditolak oleh Haris, seorang pegawai bank yang kemudian menjadi lawannya dalam setiap pertengkaran. Di sisi Haris, wujud kisah lain: rancangannya melamar Alya Nova (Puteri Awani) tidak kesampaian, membuka ruang hubungan yang perlahan berubah antara dia dan Lisa. Dalam dilema cinta, impian dan keluarga, Lisa perlu memilih jalan hidupnya. Drama 10 episod ini adalah kisah tentang cinta, keberanian dan semangat untuk terus berdiri...

Read More