Selepas lebih sedekad lagu Pacar Selingan mencipta fenomena di Indonesia dan beberapa negara serantau, penyanyi pop Melayu dari Riau, Andrigo, kembali menyambung kisah itu menerusi Pacar Selingan 2. Dihasilkan bersama label Malaysia, Luncai Emas, single ciptaan Adi Virso dengan lirik nukilan bersama Andrigo ini hadir membawa jalan cerita lebih mendalam, emosi lebih kuat serta susunan muzik moden tanpa meninggalkan identiti “Melayunya Andrigo”. Karya tersebut menjadi kesinambungan kerjasama mereka selepas Rasa Sakit Rasa Rindu, sekali gus memperkukuhkan usaha membawa muzik Melayu Pop ke khalayak serantau dan antarabangsa. Berbekalkan pengalaman lebih 16 tahun, Andrigo berharap lagu baharu ini mampu menyentuh pendengar dan mencipta kejayaan lebih besar daripada karya asalnya...

Read More  

Penyanyi baharu Syuk Esa melancarkan single sulung berjudul Tulus di bawah naungan Luncai Emas, sekaligus membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya selepas mencuri perhatian menerusi lagu Sinaran Hatiku untuk runut bunyi filem Mencari Ramlee. Pernah memulakan langkah sebagai pemuzik jalanan dan bekerja sebagai jurujual, Syuk kini menerima pengiktirafan apabila bakatnya mendapat perhatian Dato' M. Nasir. Lagu Tulus diterbitkan hasil kolaborasi bersama Zahar dan Yasin daripada kumpulan Pitahati, yang turut membimbingnya sepanjang proses rakaman. Dengan karya sulung ini, Syuk berharap dapat memperkenalkan identiti muziknya kepada khalayak lebih luas serta membuktikan bahawa impian besar mampu bermula daripada perjalanan yang sederhana...

Read More  

Pasangan suami isteri Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie kembali bergandingan menerusi single terbaharu Bertahan Denganmu, sebuah karya terbitan Luncai Emas dan Myoozikwav Entertainment yang mengangkat realiti sebenar kehidupan berumah tangga. Dicipta sepenuhnya oleh Dearlynnns, lagu ini menyentuh cabaran kewangan, konflik dan pengorbanan yang dilalui pasangan dalam mempertahankan hubungan. Menurut Azzam, melodi dan lirik lagu tersebut sangat dekat dengan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai suami isteri, sekali gus menjadikan penyampaiannya lebih tulus dan beremosi. Video muzik rasmi arahan Tam Ali kini boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas dan Myoozikwav Entertainment, melengkapkan sebuah karya yang meraikan kekuatan cinta, kesabaran dan kesetiaan dalam menghadapi dugaan hidup...

Read More  

Pempengaruh media sosial dan penyanyi baharu, Nana Tony, melangkah lebih jauh dalam dunia muzik menerusi single sulungnya berjudul Sengketa Asmara Luka. Diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd dan Myoozikwav Entertainment, lagu ciptaan Dearlynnns ini membawa nuansa balada moden yang mengangkat kisah pengkhianatan, kekecewaan dan keretakan hubungan akibat kecurangan. Dengan tema yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini, lagu tersebut menyelami luka emosi yang dialami pasangan apabila kesetiaan mula dipermainkan. Nana Tony menyampaikan karya ini dengan penuh penghayatan, berharap ia mampu menjadi suara kepada mereka yang pernah melalui pengalaman serupa. Sengketa Asmara Luka boleh didengari di semua platform digital bermula 5 Jun 2026 bersama pelancaran muzik video rasminya...

Read More  

Setelah hampir 19 tahun mengharungi pelbagai fasa dalam dunia muzik, Iman’s League kembali dengan single baharu berbahasa Melayu berjudul 'Satu Suara'. Menampilkan kolaborasi istimewa bersama Noh Salleh dari Malaysia dan Aska daripada Rocket Rockers, Indonesia, lagu ini membawa mesej perpaduan, ketahanan dan kekuatan untuk terus berdiri bersama walaupun datang daripada latar yang berbeza. Dikenali menerusi gabungan melodic punk rock dan pengaruh budaya pop Jepun, Iman’s League menggunakan Satu Suara sebagai simbol penyatuan suara dari Singapura, Malaysia dan Indonesia dalam satu karya yang sarat emosi. Pelancaran single ini turut disokong dengan siri jelajah serantau melibatkan Taiwan, Malaysia dan Indonesia sepanjang Mei dan Jun...

Read More  

Kembali dengan single baharu berjudul Pergilah, sebuah lagu emosional yang mengangkat kisah percintaan pasangan berlainan bangsa dan agama yang terpaksa berpisah akibat tentangan keluarga. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi komposer Sarawak, Irvan Hamdan bersama bekas anggota ST12 dari Indonesia, Gunan Syah. Dengan susunan muzik santai dan mudah didekati, karya ini menampilkan sisi lebih matang dalam perjalanan seni Sulaiman selepas single “Tentang Dia”. Proses rakaman dijalankan di Malaysia manakala mixing dan mastering dilakukan di Jakarta. “Pergilah” turut diedarkan secara digital oleh Luncai Emas dan dijangka memperluaskan lagi nama Sulaiman Usop dalam pasaran muzik arus perdana Malaysia serta Nusantara...

Read More  

Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta) merupakan single terbaharu kumpulan rock tempatan KIIYAS yang mengangkat kisah cinta, kesetiaan dan perjuangan hidup dalam dunia ketagihan dadah sintetik. Lagu ini mengisahkan seorang suami yang tetap bertahan mempertahankan cintanya terhadap isteri yang terperangkap dalam kehancuran dan ketagihan. Dengan gabungan elemen rock emosional serta lirik yang lebih matang dan mendalam, karya ini membawa realiti sosial yang jarang disentuh dalam lagu cinta biasa. KIIYAS yang dianggotai Abel, Yeus, Ijaz, Amir HS dan Nasrul turut mengumumkan perancangan EP sulung berjudul Rantai serta kerjasama edaran digital bersama Luncai Emas bagi memperluaskan capaian muzik mereka ke pasaran lebih besar...

Read More  

Didie Shazry memperkenalkan versi baharu lagu klasik “Yang Berlalu Tak Berulang” sebagai usaha menghidupkan semula karya ikonik ke dalam dimensi moden. Lagu ini asalnya dipopularkan oleh mendiang Lotter dengan lirik oleh Allahyarham Loloq dan komposisi oleh Neves Pretty Ugly. Diterbitkan oleh Luncai Emas, versi remake ini menampilkan susunan muzik baharu yang disesuaikan dengan identiti vokal Didie tanpa menghilangkan elemen asal. Proses rakaman dilakukan di Jakarta bersama produser Joel Christine, manakala video muzik dirakam di Bali. Lagu ini dilancarkan pada 24 April di YouTube dan platform digital. Didie berharap karya ini dapat menyentuh hati pendengar lama serta menarik minat generasi baharu untuk menghargai lagu klasik ini...

Read More  

Single terbaharu Pitahati yang dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah label Luncai Emas. Lagu ini menjadi kesinambungan kepada karya terdahulu mereka dengan pendekatan yang lebih tajam dan reflektif terhadap isu semasa. Mengangkat tema karma, ia menyampaikan mesej bahawa setiap perbuatan mempunyai akibat, sama ada baik atau buruk. Walaupun tidak ditujukan kepada mana-mana individu tertentu, lagu ini boleh ditafsirkan sebagai sindiran terhadap golongan berkuasa yang bertindak tanpa empati. Dari sudut artistik, penggunaan bunyi ayam berkokok di awal lagu menjadi simbolik kepada permulaan pembalasan. Lagu ini turut dilengkapi dengan video muzik rasmi yang dilancarkan serentak bagi memberikan pengalaman visual yang lebih mendalam kepada pendengar...

Read More  

Single terbaharu P. Radhi yang mengangkat tema nostalgia Aidilfitri dengan sentuhan klasik yang penuh emosi. Lagu ini membawa pendengar mengimbau suasana raya tradisional, daripada kemeriahan pagi Syawal, hidangan istimewa, hingga momen kebersamaan bersama keluarga. Dicipta oleh Firdaus Rashid, karya ini turut menyampaikan mesej mendalam tentang kepentingan memaafkan, mempererat hubungan dan membuka lembaran baharu. Dikenali dengan gaya vokal yang diinspirasikan oleh legasi P. Ramlee, P. Radhi terus mengekalkan identiti tersendiri dalam karya ini. “Raya Bersama” kini boleh didengar di semua platform penstriman digital serta YouTube Luncai Emas, sebagai sebuah lagu yang menghidupkan semula keindahan memori Syawal...

Read More  

Menampilkan kolaborasi antara Ebby Yus, Usop Gahai dan Fuad Nasir dengan sentuhan loghat Negeri Sembilan yang unik. Lagu ciptaan komposer Pakya ini diterbitkan dengan sokongan Luncai Emas sebagai pengedar digital dan pentadbir hak cipta. Idea asal lagu datang daripada Fuad Nasir sebelum digabungkan bersama dua lagi artis yang berkongsi latar budaya yang sama. Liriknya diinspirasikan daripada kisah perantau yang ingin pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri, sambil membawa mesej kekeluargaan dan nostalgia. Video muzik rasmi akan dilancarkan di YouTube pada 6 Mac, manakala lagu ini boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula 13 Mac 2026...

Read More  

Plong! menawarkan tafsiran berbeza terhadap tradisi lagu raya yang sering sarat keceriaan. Dilancarkan pada 13 Mac 2026, karya ini mengggabungkan melodi klasik Aidilfitri dengan sentuhan sinematik yang lebih gelap dan introspektif. Melalui pendekatan yang mereka gelarkan sebagai “Horror Raya”, lagu ini menggambarkan emosi yang jarang dibicarakan ketika musim perayaan menjelma. Rasa sunyi, rindu yang terpendam, serta memori yang kembali menghantui fikiran. Bagi Plong!, Aidilfitri adalah tentang perjalanan pulang, bukan hanya ke kampung halaman tetapi juga kepada hubungan, kenangan dan ruang untuk bermaaf-maafan. Lagu ini diharapkan mampu menyentuh hati pendengar, mengingatkan mereka kepada keluarga, rumah lama, dan nilai kebersamaan yang sering menjadi inti sebenar Hari Raya...

Read More