myFirst Malaysia melancarkan myFirst Camera Insta 20, kamera cetak dwi-skrin pertama di dunia yang direka khas untuk kanak-kanak. Ditawarkan pada harga promosi RM299 sehingga 31 Mei 2026, kamera ini hadir sebagai alternatif hiburan lebih kreatif dan interaktif sempena cuti sekolah. Dilengkapi teknologi cetakan terma tanpa dakwat, kamera ini mampu mencetak gambar dalam masa tujuh saat selain menawarkan fungsi swafoto, rakaman video 1080p, lensa 16MP, penapis terbina dalam dan paparan PixTure OLED interaktif. Direka menggunakan bahan bebas BPA dan sesuai untuk kanak-kanak, produk ini turut dilengkapi aksesori kreatif bagi membantu keluarga mengurangkan masa skrin sambil menggalakkan aktiviti fotografi serta penceritaan secara lebih menyeronokkan dan praktikal...

Read More  

myFirst melancarkan kempen 'Explore Together' di Kuala Lumpur dengan memperkenalkan ekosistem teknologi baharu untuk keluarga moden. Produk utama yang diperkenalkan ialah myFirst Insta Lux, kamera cetak segera berwarna pertama jenama ini yang dilengkapi teknologi dye-sublimation, kamera hadapan dan belakang 5MP serta sambungan WiFi melalui aplikasi myFirst Circle. Selain itu, rangkaian produk lain turut diperkenalkan termasuk myFirst Fone M1, Frame Clario, Sketch Board Pro, CareBuds Max dan 3dPen Make Creator Kit yang direka untuk menyokong kreativiti serta komunikasi kanak-kanak secara selamat. Pelancaran ini turut menampilkan pengalaman interaktif melalui zon demonstrasi produk. myFirst juga akan mengadakan roadshow awam di Sunway Pyramid dari 26 hingga 29 Mac 2026 bagi membolehkan keluarga mencuba sendiri rangkaian produk Explore Together...

Read More