Perjalanan zaman kanak-kanak pada era digital hari ini sering dipenuhi skrin, aplikasi dan sambungan teknologi yang semakin meluas. Namun, persoalan utama bukan lagi sama ada kanak-kanak patut menggunakan teknologi atau tidak, sebaliknya bagaimana teknologi itu direka agar mampu menyokong pembelajaran, kreativiti dan hubungan kekeluargaan secara lebih selamat dan bermakna.
Falsafah inilah yang menjadi asas kepada pelancaran kempen “Explore Together” oleh myFirst di Kuala Lumpur pada 12 Mac 2026. Melalui pelancaran ini, jenama teknologi mesra kanak-kanak tersebut memperkenalkan generasi baharu peranti yang direka khas untuk keluarga moden, dengan produk utama yang mencuri perhatian iaitu kamera cetak segera berwarna myFirst Insta Lux.


Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan satu produk baharu, sebaliknya memperlihatkan ekosistem teknologi kanak-kanak yang semakin berkembang. Bersama Insta Lux, myFirst turut memperkenalkan rangkaian produk lain termasuk myFirst Fone M1, myFirst Frame Clario, myFirst Sketch Board Pro, myFirst CareBuds Max serta versi dipertingkatkan myFirst 3dPen Make Creator Kit, kesemuanya direka untuk menyokong kreativiti, komunikasi dan eksplorasi yang selamat bagi generasi muda.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas myFirst, G‑Jay Yong, pendekatan jenama ini sentiasa berasaskan kepercayaan bahawa teknologi tidak seharusnya memisahkan kanak-kanak daripada pengalaman sebenar zaman kanak-kanak. “Kami tidak percaya kanak-kanak memerlukan kurang teknologi. Mereka memerlukan teknologi yang direka dengan niat dan tujuan yang lebih jelas. Daripada myFirst Insta Lux hingga ke ekosistem peranti kreatif dan komunikasi kami yang semakin berkembang, kami membina produk yang membolehkan keluarga meneroka dunia bersama-sama dengan selamat. Teknologi tidak seharusnya menggantikan zaman kanak-kanak, ia sepatutnya memperkayakannya,” katanya.
Produk utama yang menjadi tumpuan pelancaran ialah myFirst Insta Lux, kamera cetak segera berwarna pertama daripada jenama tersebut yang dijual pada harga RM799. Setiap pembelian turut disertakan dua pek isi semula percuma yang mengandungi 20 keping kertas cetakan bernilai RM98.
Berbeza dengan kamera cetak segera konvensional yang hanya menumpukan fungsi fotografi asas, Insta Lux direka dengan memahami bagaimana kanak-kanak masa kini mencipta dan berkongsi kandungan visual. Kamera ini dilengkapi kamera hadapan dan belakang 5 megapiksel, paparan IPS bersaiz 2.8 inci, sambungan WiFi, serta keupayaan menerima foto yang dihantar daripada telefon pintar ibu bapa melalui aplikasi myFirst Circle untuk dicetak secara terus.
Teknologi dye-sublimation yang digunakan membolehkan foto dicetak dengan warna yang terang dan tahan lama. Pelbagai bingkai kreatif serta penapis visual turut disediakan bagi menggalakkan kanak-kanak bercerita melalui imej dan mengekspresikan imaginasi mereka dengan lebih bebas.
Peranti ini juga dilengkapi storan yang boleh diperluas sehingga 64GB, pengecasan USB-C, sertareka bentuk ergonomik yang sesuai untuk tangan kecil kanak-kanak. Gabungan elemen ini membolehkan Insta Lux menjadi jambatan antara kreativiti digital dan kenangan fizikal yang boleh disimpan dalam bentuk cetakan foto. Walaupun memberi penekanan kepada kreativiti dunia nyata melalui foto bercetak, Insta Lux turut disepadukan dengan dunia digital melalui aplikasi myFirst Circle. Melalui aplikasi tersebut, ibu bapa boleh menghantar foto pilihan secara selamat dari telefon pintar mereka terus ke kamera anak untuk dicetak.
Selain pemindahan foto, aplikasi ini turut membolehkan perkongsian kandungan digital dalam ruang sosial peribadi yang diuruskan oleh keluarga. Pendekatan ini memberikan alternatif kepada platform sosial terbuka dengan menyediakan persekitaran yang lebih terkawal dan selamat untuk kanak-kanak. Selain Insta Lux, beberapa peranti lain turut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada ekosistem myFirst. Antaranya myFirst Fone M1, jam tangan pintar dengan sambungan 4G yang membolehkan panggilan suara dan video, pemesejan serta penjejakan GPS masa nyata agar ibu bapa dapat kekal berhubung dengan anak-anak mereka.
Produk lain termasuk myFirst Frame Clario, bingkai foto pintar bersaiz tujuh inci yang membolehkan perkongsian gambar keluarga serta panggilan video sekali sentuh. Peranti ini turut dilengkapi soundscape ambien yang boleh disesuaikan untuk mewujudkan suasana tenang di rumah. Bagi kanak-kanak yang gemar melakar dan mengekspresikan imaginasi, myFirst Sketch Board Pro hadir sebagai tablet lukisan digital ringan yang membantu menukar masa skrin kepada aktiviti kreatif yang lebih fokus.
Dalam masa yang sama, myFirst CareBuds Max diperkenalkan sebagai fon kepala tanpa wayar yang direka khusus untuk telinga kanak-kanak yang sedang membesar. Peranti ini dilengkapi had volum pintar antara 85 hingga 94 desibel, sekali gus membantu membentuk tabiat pendengaran yang lebih sihat. Bagi pencipta muda yang gemar menghasilkan karya tiga dimensi, myFirst 3dPen Make Creator Kit menyediakan set kreatif lengkap yang merangkumi pen 3D, model bertema serta filamen PCL. Produk ini direka dengan suhu rendah yang selamat serta kawalan ergonomik untuk menggalakkan kesabaran dan kreativiti spatial.

Menariknya, 3dPen Make turut diperakui dengan Tanda Pematuhan Malaysia (MC) bagi keselamatan mainan, sekali gus memperkukuh komitmen jenama terhadap piawaian keselamatan produk di negara ini. Menurut Pengasas Bersama myFirst, Brian Tan, pelancaran di Malaysia direka sebagai pengalaman penemuan yang lebih imersif berbanding sekadar acara pengenalan produk biasa. “Kami sengaja mereka bentuk pelancaran di Malaysia sebagai satu perjalanan penemuan yang progresif. Malaysia merupakan pasaran yang sangat penting bagi kami kerana semakin ramai keluarga di sini mencari teknologi yang benar-benar mempunyai tujuan dan direka khas untuk kanak-kanak,” jelasnya.
Para tetamu dibawa melalui tiga zon pengalaman iaitu Arrival, Launch, dan Touch & Learn, di mana setiap ruang memperkenalkan falsafah produk myFirst secara berperingkat. Isyarat visual yang dipaparkan turut menonjolkan tiga mesej utama: Printed from a phone, Sent through the myFirst Circle App dan Captured with confidence. Pengalaman tersebut mencapai kemuncaknya di zon Touch & Learn, di mana tetamu dapat mencetak foto secara langsung daripada kamera dan telefon pintar. Antara tarikan kreatif yang dipersembahkan ialah Pastry Memory Experience, sebuah pameran visual unik di mana foto cetakan dipersembahkan seperti pencuci mulut yang dikurasi secara artistik.
Bagi keluarga yang ingin merasai sendiri rangkaian produk baharu ini, myFirst akan mengadakan roadshow awam di Sunway Pyramid dari 26 hingga 29 Mac 2026. Pengunjung berpeluang mencuba stesen demonstrasi interaktif, mencetak foto menggunakan Insta Lux serta meneroka bagaimana peranti dalam ekosistem myFirst saling berhubung.
Dengan pembelian minimum RM199, pengunjung juga layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti myFirst Fone R2 serta pelbagai ganjaran eksklusif lain. Selain itu, maskot jenama Mino turut akan hadir memeriahkan acara bersama pelbagai barangan edisi terhad.
Sebagai promosi istimewa, 100 pelanggan pertama yang membeli myFirst Insta Lux pada 28 Mac jam 10 pagi akan menerima myFirst Fone M1 percuma bernilai RM399, tertakluk kepada konsep siapa cepat dia dapat.Keseluruhan rangkaian produk Explore Together kini boleh didapati melalui laman web rasmi myFirst serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.


Ditubuhkan di Singapura, myFirst kini dikenali sebagai ekosistem teknologi kanak-kanak pertama di dunia yang menggabungkan peranti, perkhidmatan digital serta rangkaian sosial selamat untuk keluarga. Dengan kehadiran di lebih 50 negara dan dipercayai oleh lebih satu juta keluarga, jenama ini terus memperkenalkan teknologi sebenar kepada kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat dan diselia oleh ibu bapa.
Daripada panggilan pertama hingga foto pertama yang dicetak, perjalanan teknologi kanak-kanak melalui myFirst direka sebagai pengalaman yang menyeronokkan, kreatif dan penuh penemuan.
