Terlalu banyak memori zaman kanak-kanak hari ini tersimpan di dalam skrin, hadir sekejap, kemudian hilang ditelan algoritma dan dunia digital yang bergerak terlalu pantas. Anak-anak membesar dengan telefon pintar di tangan, tetapi semakin jarang benar-benar menyentuh kenangan yang boleh dipegang, dihias dan disimpan lama. Dari keresahan itulah myFirst Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharunya menerusi myFirst Camera Insta 20, kamera cetak dwi-skrin pertama di dunia yang direka khas untuk kanak-kanak.
Dilancarkan sempena musim cuti sekolah yang bakal tiba, produk tersebut hadir bukan sekadar sebagai alat fotografi biasa, tetapi sebagai usaha mengembalikan kreativiti dan interaksi keluarga dalam bentuk yang lebih praktikal dan menyeronokkan. Untuk tempoh terhad sehingga 31 Mei 2026, kamera tersebut ditawarkan pada harga promosi RM299 berbanding harga asal RM459.


Dalam dunia yang semakin dipenuhi hiburan pasif berasaskan skrin, ramai ibu bapa kini mula mencari alternatif yang lebih sihat untuk anak-anak mereka. Dan di situlah myFirst Camera Insta 20 cuba membawa pendekatan berbeza dengan menggabungkan teknologi moden dengan pengalaman kreatif yang membolehkan kanak-kanak benar-benar “mencipta” sesuatu menggunakan tangan dan imaginasi mereka sendiri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas myFirst, G-Jay Yong, teknologi seharusnya membantu kanak-kanak meneroka dunia, bukannya hanya menjadi pengguna kandungan secara pasif. “Teknologi seharusnya membantu kanak-kanak untuk mencipta, meneroka dan berhubung dengan dunia di sekeliling mereka, bukan sekadar menggunakan kandungan secara pasif,” katanya. Beliau menjelaskan bahawa Camera Insta 20 dibangunkan sebagai produk yang menggabungkan inovasi, kreativiti dan hubungan kekeluargaan dalam satu pengalaman yang mudah difahami serta menyeronokkan untuk pengguna muda.


Apa yang menjadikan myFirst Camera Insta 20 terasa unik adalah rekaan dwi-skrin pertama di dunia yang membolehkan kanak-kanak bertukar dengan mudah antara mengambil swafoto dan merakam dunia di sekeliling mereka secara lebih bebas. Paparan hadapan PixTure OLED pula menambahkan elemen interaktif menerusi emoji, animasi piksel dan pemasa kira detik yang menjadikan keseluruhan pengalaman fotografi terasa lebih hidup dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Sama ada ketika bercuti bersama keluarga, sambutan hari jadi atau aktiviti sekolah, gambar yang dirakam boleh dicetak dalam tempoh seawal tujuh saat menggunakan teknologi cetakan terma tanpa dakwat, tanpa memerlukan kartrij tambahan atau kos isi semula yang mahal. Namun kamera ini bukan sekadar tentang mencetak gambar. myFirst turut melengkapkannya dengan pelbagai fungsi kreatif lain termasuk lensa 16MP yang dipertingkatkan, rakaman video 1080p, penapis terbina dalam serta bingkai gambar yang membolehkan kanak-kanak menghias gambar mereka secara terus tanpa aplikasi tambahan.


Peranti tersebut juga dilengkapi teknologi Smart Idle bagi membantu menjimatkan penggunaan bateri ketika tidak digunakan, sekali gus membolehkan tempoh penggunaan lebih panjang sepanjang aktiviti keluarga dan percutian. Dari sudut keselamatan dan praktikaliti, myFirst Camera Insta 20 diperbuat daripada bahan bebas BPA dan direka agar sesuai digunakan oleh tangan kecil kanak-kanak. Kamera ini turut hadir bersama penutup pelindung boleh tanggal yang membantu melindungi peranti daripada habuk serta percikan air.
Setiap pembelian juga dilengkapi tiga gulung kertas cetakan terma, tali leher dan pelekat aksesori supaya anak-anak boleh terus mula mencipta memori mereka sebaik sahaja membuka kotak. Diasaskan di Singapura, myFirst kini berkembang ke lebih 50 negara dan dipercayai lebih sejuta keluarga di seluruh dunia menerusi ekosistem teknologi mesra kanak-kanak yang lebih selamat, kreatif dan dipantau ibu bapa. Dan mungkin di tengah dunia yang semakin sibuk dengan skrin dan notifikasi tanpa henti, sesuatu yang paling mahal sebenarnya bukan teknologi itu sendiri… tetapi kenangan kecil yang masih boleh disentuh dengan tangan.
