Di tengah hiruk-pikuk kehidupan, muzik sering menjadi ruang untuk kembali bernafas. Berteraskan gagasan itu, Ruang Nyaman Fest diperkenalkan sebagai festival muzik indoor premium dan eksklusif pertama di Malaysia, menghimpunkan enam nama pilihan dalam satu malam tanpa sebarang persembahan pembukaan. Berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14 November 2026, festival anjuran Thrive Events ini menampilkan Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Idgitaf, Kaleb J, Pusakata serta wakil Malaysia, Najmi Niery. Dengan hanya satu tiket, peminat dapat menikmati enam persembahan penuh dalam suasana yang lebih selesa, intim dan berkualiti. Lebih istimewa, Ruang Nyaman Fest turut menyaksikan kepulangan Cakra Khan ke pentas Malaysia selepas beliau sebelum ini menyatakan hasrat untuk berehat daripada membuat persembahan di negara ini...

Read More  

SAMA SAMA Tour hadir ke Kuala Lumpur membawa getar janji yang pernah terucap di Bogor. Lima suara paling berpengaruh di pentas Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf akan berkumpul di Idea Live Arena pada 5 Disember 2025, jam 7.30 malam. Lebih daripada sebuah konsert, ia adalah pertemuan rasa di mana solo, duet, trio hingga kuintet menyulam persembahan unik yang hanya tercipta di tour ini. Peminat bukan sahaja akan mendengar lagu kegemaran, tetapi juga menyaksikan pertukaran karya dan susunan muzik khas yang dicipta eksklusif. Dengan tiket bermula RM228, malam ini dijangka menjadi saksi ikatan muzik dan emosi yang melintasi batas negara, menyalakan semangat kebersamaan di bawah satu bumbung...

Read More