Kejayaan sesebuah drama tidak hanya diukur melalui angka tontonan, tetapi juga melalui emosi yang terus bergema selepas episod berakhir. Itulah yang sedang dinikmati Viu Original Cinta Dalam Sekam, apabila muncul sebagai drama nombor satu di Viu Malaysia hanya dalam tempoh seminggu sejak tayangan perdananya. Lebih membanggakan, tanda pagar #CintaDalamSekam mencatat lebih 21 juta tontonan di media sosial, manakala lagu tema rasmi Sang Penikam nyanyian Noh Salleh dan Aina Abdul mengungguli carta iTunes Malaysia serta menduduki kedudukan keenam YouTube Trending. Jalan cerita berlatar era 1980-an, sinematografi yang indah dan lakonan penuh jiwa daripada barisan pelakon menjadi faktor utama yang menjadikan naskhah arahan Feroz Kader ini terus menambat hati penonton...

Read More  

Kisah Sofia yang hidupnya musnah selepas dikhianati kekasih dan sahabat baiknya sehingga dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya. Selepas dibebaskan, Sofia bangkit dengan satu tekad untuk membalas dendam. Dalam perancangannya, dia mengahwini Datuk Muzaffar, seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga bapa kepada bekas kekasihnya. Tindakan ini meletakkan Sofia dalam kedudukan sebagai mentua kepada musuh lamanya, sekali gus mencetuskan konflik baharu yang lebih kompleks. Dendam, kuasa dan emosi saling bertembung dalam sebuah keluarga elit yang penuh manipulasi. Drama ini bersiaran di Astro Prima bermula 4 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka...

Read More  

Menelusuri misteri kehilangan seorang anak lorong bernama Kasyorga (Adra Mikayla) menerusi drama 6 episod arahan Feroz Kader untuk Unifi TV Originals. Kehilangannya mencetuskan pencarian penuh liku oleh bapa angkatnya Pak Bakar (Azhar Sulaiman) dan jiran mereka, Rodi (Kamal Adli), bekas pembunuh upahan yang dihantui masa silam. Dalam masa sama, Rodi menerima misi membunuh Datuk Zaza (Nabila Huda), tokoh korporat yang terpalit skandal. Drama ini membongkar isu seperti pemerdagangan manusia, konspirasi kuasa, dan trauma sosial, dengan latar gelita lorong-lorong kota. Azhar menyifatkan watak Pak Bakar sebagai cabaran fizikal dan emosi, di mana beliau sanggup menyakiti tubuh sendiri demi kejujuran lakonan. Disiarkan setiap Isnin, jam 11 malam mulai 23 Jun 2025 di saluran DEGUP HD, Hilang Kasyorga ialah kisah kehilangan yang membuka lebih banyak pintu rahsia...

Read More