Karya tempatan kini bukan sekadar menghiburkan, malah semakin membuktikan nilainya sebagai medium pemasaran yang berkesan. Kejayaan itu diterjemahkan apabila Astro Shaw dan Astro Gempak meraih tujuh pengiktirafan di MARKies Awards Malaysia 2026, menerusi filem Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike dan program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton. Pencapaian tersebut mengiktiraf keberkesanan kolaborasi kreatif bersama jenama seperti Wonda Coffee, 7UP, Mirinda dan Goodday dalam menghasilkan kempen yang bukan sahaja menarik perhatian, malah memberi impak kepada pengguna. Kejayaan ini memperlihatkan bagaimana penceritaan tempatan mampu berkembang melangkaui layar perak dan televisyen, menjadi jambatan yang menghubungkan emosi penonton dengan strategi pemasaran yang relevan, kreatif serta berkesan dalam landskap industri moden...

Read More  

Kembali dengan musim kedua bermula 18 Februari 2026 di Astro Ria, menampilkan konsep unik “Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli” di mana hidangan yang dipaparkan di televisyen dijual di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya pada hari berikutnya. Musim ini mengetengahkan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani yang menjalankan operasi penyamaran sambil mempromosikan menu viral ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ berasaskan susu Goodday. Program ini turut menampilkan pelbagai watak popular Astro dan menawarkan promosi istimewa RM0.99 bagi dua hari awal Ramadan. Gabungan drama, komedi dan pengalaman interaktif menjadikan Dapur Goodday antara program Ramadan yang dinanti...

Read More