Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 bakal tampil lebih meriah apabila TV3 membawa dunia novel dan drama bersatu dalam satu pengalaman istimewa menerusi siri meet & greet eksklusif bersama pelakon serta penulis popular. Berlangsung di Booth Drama Sangat, WTCKL, pengunjung berpeluang bertemu barisan pelakon drama baharu seperti Yes! Captain Zul Aaryan dan Anom Suraya, selain mendekati penulis novel yang menjadi inspirasi kepada karya-karya tersebut. Kehadiran nama besar seperti Anna Jobling, Jazmy Juma, Daiyan Trisha, Idris Khan dan Yusuf Bahrin dijangka menjadi antara tarikan utama acara. Lebih daripada sekadar pesta buku, PBAKL 2026 menjadi medan yang menemukan peminat dengan dunia cerita yang selama ini hanya dinikmati menerusi halaman novel dan kaca televisyen...

Read More  

Perjalanan Mira ke rumah keluarga suaminya di Jakarta sepatutnya menjadi permulaan indah. Namun, segalanya berubah apabila Arman, suaminya, maut dalam kemalangan. Kepulangan Mira bukan membawa bahagia, sebaliknya mencetuskan curiga dan penolakan. Isteri yang dinikahi dalam senyap ini mendapati dirinya tidak dialu-alukan dan terperangkap dalam rumah yang menyimpan banyak luka. Ketegangan memuncak apabila satu demi satu rahsia keluarga mula terbongkar. Bersama Dr. Daniel, Mira mencari kekuatan untuk bertahan dalam rumah yang dirundung kesedihan. Telefilem kolaborasi Malaysia-Indonesia ini membuka ruang renungan tentang kehilangan, penerimaan dan kasih sayang yang teruji oleh takdir. Rumah Menanti Cahaya menjanjikan emosi yang mencengkam, diiringi lagu tema “Langit Tak Menjawab” yang membalut kisah ini dengan lirih yang mengesankan...

Read More  

Malam gemilang Anugerah Melodi Terhangat 2025 menjadi saksi kejayaan berganda Daiyan Trisha apabila meraih 2 anugerah berprestij iaitu Selebriti Stailo Terhangat dan anugerah utama, Anugerah Melodi Terhangat. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon fesyen dan figura seni yang menginspirasikan ramai. Bagi Daiyan, fesyen adalah bahasa jiwa, bukan ukuran kemewahan. Dia percaya gaya sejati lahir daripada keyakinan, keselesaan, dan keaslian diri. Minatnya terhadap fesyen datang secara semula jadi, meski jadual padat, dia tetap menikmati proses bersiap sebagai satu bentuk ekspresi seni. Lebih sedekad dalam dunia nyanyian dan lakonan, Daiyan membuktikan bakat dan gaya boleh berjalan seiring, menjadikan malam itu detik bersejarah yang mematri namanya di hati peminat...

Read More