Membawa semula kisah cinta legendaris Ada Apa Dengan Cinta? dalam bentuk muzikal moden yang penuh emosi. Menampilkan 12 lagu, sembilan klasik dan tiga ciptaan baharu hasil tangan Melly Goeslaw dan Anto Hoed, karya ini menggabungkan nostalgia dan pembaharuan dalam satu harmoni indah. Leya Princy dan Rafi Sudirman bukan sahaja membintangi, tetapi turut menyumbangkan suara melalui lagu-lagu baharu seperti ‘Untuk Rangga’ dan ‘Truly, Madly, Deeply Hate You’. Lagu tema ‘Rangga Cinta’, nyanyian Bilal Indrajaya dan Eva Celia, menjadi simbol cinta yang tidak lekang waktu. Filem arahan Riri Riza ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025...
Read More