Menyingkap kisah Rafei, anak sulung daripada 3 beradik yatim piatu yang berusaha melarikan diri dari rumah anak yatim penuh penderaan bersama adik-adiknya, Rasyid dan Rahman. Namun, nasib memisahkan mereka dengan kejam. Dalam pencarian yang getir, muncul Uncle Mike, seorang lelaki Cina berhati jernih bersih yang menyelamatkan Rafei dan menjadi pelindung sementara. Perjalanan mereka bukan sahaja tentang menyatukan semula keluarga, tetapi juga tentang menemukan makna kasih sebenar yang tidak terbatas pada darah dan bangsa. Dengan lakonan menyentuh jiwa dan emosi yang meresap, filem berdurasi 1 jam 53 minit ini menjadi cermin kemanusiaan, menyeru kita bertanya: keluarga itu sebenarnya siapa?

Read More  

Terus mengorak langkah berani dalam dunia perfileman tempatan dengan pendedahan eksklusif imej-imej sulung daripada deretan filem terbaharu 2025, Astro Shaw mencuri tumpuan dengan Abah Saya Uncle Mike, sebuah kisah penuh kasih sayang dan kejutan tentang identiti seorang bapa; Wantugo, filem aksi-thriller yang menjanjikan debaran dengan sentuhan visual luar biasa; Malam Terlarang, naskhah seram psikologi yang mengupas kegelapan tersembunyi dalam jiwa manusia; dan Papa Zola The Movie, adaptasi filem animasi popular yang menjanjikan tawa, aksi dan nostalgia. Setiap filem membawa aura tersendiri, menggambarkan kepelbagaian genre yang ditawarkan oleh Astro Shaw tahun ini. Dengan barisan pelakon hebat dan pendekatan produksi yang semakin matang, filem-filem ini dijangka mencetuskan fenomena tersendiri di pawagam Malaysia...

Read More