Raih Lebih 2.5 Juta Tontonan di TikTok Dalam Seminggu, Drama Keluarga 'Keluarga Antara Insan' Pikat Hati Penonton

Keluarga Antara Insan mengisahkan perseteruan antara Dahlia (Puteri Balqis) dan Amir (Muaz Zabir), dua jiran yang sering bertengkar. Konflik mereka bermula apabila seekor kucing bernama Momo mencalar kereta Amir, namun ia berlarutan menjadi perang dingin yang memanjang. Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, jiran-jiran mereka seperti Kak Bib (Aleza Shadan), Ezzat (Amirulhakim Lokman) dan ahli band surau (DUKES) berusaha mendamaikan kedua-duanya. Di tengah-tengah bazar Ramadan, tarawih, dan persiapan raya, Dahlia dan Amir mula menyedari persamaan yang mereka kongsi. Apakah mereka dapat menyelesaikan perselisihan ini dan mencari jalan damai, atau terus berselisih faham hingga Syawal menjelma? Saksikan drama penuh humor, kasih sayang, dan pengajaran ini di TV3...

Read More  

Harmoni Luka dan Harapan 'Cukup Kita' Dalam Kolaborasi Ayu Damit & Emeer Bakri, OST Rasmi Drama 'Calon Isteri Buat Suami'

Cukup Kita merupakan sebuah lagu duet yang menyatukan dua suara istimewa – Ayu Damit dan Emeer Bakri – dalam karya yang mengalir penuh rasa dan kejujuran. Dicipta sebagai runut bunyi rasmi drama Calon Isteri Buat Suami, lagu ini membicarakan tentang hubungan yang tidak dapat diselamatkan walaupun cinta masih membara. Melodinya yang menyentuh jiwa, disertai susunan muzik balada moden dengan elemen string dan rock lembut, menjadikan lagu ini cukup istimewa dan berbeza. Liriknya membawa penonton dan pendengar menyelami emosi watak-watak utama, khususnya konflik perasaan, kekecewaan, dan dilema cinta yang tidak kesampaian. Cukup Kita adalah simbol kejujuran dalam perpisahan – bahawa kadang-kadang, cinta sahaja tidak cukup untuk menyelamatkan hubungan yang telah retak dan hilang arah...

Read More  

Nabila Huda Jiwai Watak Ibu Paling Kejam Dalam Drama 'Dari Rahim Yang Sama'

Drama ini mengisahkan perjuangan Balqis (Mhia Firdaus), remaja yang membesarkan dua adik lelakinya, Aqil (Rykarl Iskandar) dan Afiq (Rafique Iskandar) di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga mereka adalah adik-beradik seibu berlainan bapa tanpa sijil kelahiran, menyebabkan mereka dinafikan hak untuk bersekolah dan hidup normal. Ibu mereka, Suraya (Nabila Huda), seorang GRO yang sering menukar pasangan, mengabaikan tanggungjawabnya dan membebankan Balqis dengan tugas rumah serta menjaga adik-adiknya. Konflik memuncak apabila Suraya mengaku sengaja tidak mendaftarkan kelahiran anak-anaknya kerana takut Balqis akan meninggalkannya suatu hari nanti. Saksikan Dari Rahim Yang Sama di slot Samarinda mulai 14 April 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam...

Read More  

Iftar Silaturrahim 'Keluarga Itu' Perkukuh Kasih Dan Keberkatan Dengan Interaksi Bersama Penonton

Majlis iftar eksklusif drama "Keluarga Itu" di LADO By The Lake, Shah Alam pada 27 Mac 2025 telah berjaya mencipta jambatan antara dunia fiksyen dan realiti. Anjuran bersama Samsung Malaysia, program ini mempertemukan barisan pelakon utama termasuk Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, dan Fattah Amin dengan peminat tegar drama tersebut. Acara dimulakan dengan persembahan Shahrul Kamal diikuti segmen permainan interaktif yang mencairkan suasana. Drama 12 episod yang mula disiarkan pada 28 Februari ini telah mencetuskan perbincangan tentang isu-isu sensitif dalam keluarga termasuk pengkhianatan dan cabaran membesarkan anak autistik. Samsung turut melancarkan siri TikTok "Keluarga Antara Insan" yang dibintangi Muaz Zabir dan Puteri Balqis. Majlis diakhiri dengan persembahan duo Shiha Zikir dan Ida Zikir...

Read More