Secawan Impian, Seteguk Kecewa: Pahitnya Realiti Kehidupan dalam “Bru”

Bukan sekadar kisah tentang kedai kopi, tetapi cerminan getir dunia perniagaan kecil yang sering dibayangi ilusi estetika dan impian kosong. Drama Tonton Original ini mengisahkan Shah (Shukri Yahaya) yang membuka kafe tanpa pengetahuan, strategi atau tanggungjawab, hingga membuat keputusan semberono dan menyalahgunakan kepercayaan rakan kongsinya, Hani (Siti Hariesa) dan Ajan (Amerul Affendi). Tindakannya yang tidak amanah mencetuskan konflik dan menggambarkan realiti sebenar: ramai pemilik bisnes gagal akibat kelemahan pengurusan dan hilangnya integriti. Bru membongkar sisi pahit yang sering disorok—tentang beban kewangan, penganiayaan pekerja dan kejatuhan impian indah. Dua episod terakhir akan menentukan nasib kedai kopi ini. Saksikan Bru di Tonton setiap Isnin dan Khamis, dan hayati kisah penuh pengajaran yang meninggalkan kesan lebih lama dari aroma secawan espresso...

Read More  

Balas Balik: Filem Detektif Penuh Saspens Tampilkan Shukri Yahya Singkap Dendam Silam

Tuan Roslan, CEO syarikat telekomunikasi Global Communication, ditemukan mati secara misteri di pejabatnya. Semua mengangguk, menyebut “serangan jantung”. Tapi Detektif Zul melihat lebih dalam. Bersama rakan setugas, Inspektor Jauhari, mereka menyiasat satu demi satu individu yang pernah tersilap langkah dengan si mati. Satu demi satu rahsia muncul. Satu demi satu motif dibuka. Ketika satu lagi mayat muncul, Tuan Kamal, rakan niaga Roslan, Zul menyedari semuanya berkait. Ini bukan kebetulan. Ini bukan kemalangan. Ini adalah tindak balas yang dirancang dengan teliti oleh seseorang yang sudah lama menyimpan luka, dan kini menuntut ganti. Tidak semua kematian adalah pengakhiran. Kadang, ia permulaan kepada kebenaran yang terlalu lama terkubur...

Read More  

Dari Ustaz Ke Agen Rahsia: Transformasi Syafiq Kyle Dalam 'Blood Brothers'

Syafiq Kyle dan Sharnaaz Ahmad bergabung dalam filem aksi penuh intrik yang mengungkap dunia gelap organisasi rahsia "Silent Guard". Syafiq sebagai Ariff, bekas ustaz yang kini terjebak dalam dunia mafia, manakala Sharnaaz memegang watak Ghaz, pemimpin karismatik organisasi yang menyimpan agenda tersembunyi. Hubungan mereka bukan sekadar ikatan profesional tetapi persaudaraan yang diuji oleh bahaya dan pengkhianatan. Di sebalik fungsi sebagai kumpulan pengawal keselamatan elit, "Silent Guard" menyembunyikan rahsia besar yang mengancam kesetiaan setiap ahlinya. Diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini memaparkan pergolakan emosi dan aksi menarik yang mencabar definisi kesetiaan. Keputusan untuk setia atau berkhianat akan menentukan nasib mereka dalam pertarungan hidup dan mati. Saksikan di pawagam mulai 10 April 2025...

Read More