
oleh: zizi hashim
Hadir sebagai kejutan manis yang menyelinap lembut di tengah-tengah rutin harian, Shell Café memperkenalkan rangkaian donut baharu yang diracik dengan citarasa antarabangsa tetapi dibumikan dengan jiwa Malaysia. Setiap kunjungan ke stesen minyak tiba-tiba terasa seperti perhentian kecil yang menghidupkan kembali keinginan untuk meraikan diri walau sekejap, walau sesederhana sepotong donut berinti nostalgia.
Koleksi 5 donut ini digarap sebagai “mood boosters”, pendorong kecil yang berupaya mengikis penat perjalanan, sambil meniupkan sedikit euforia kepada sesiapa yang memegangnya. Ada yang kaya, ada yang ringan, namun semuanya dibentuk dengan intensi yang sama: mencipta sensasi manis yang membuat langkah kita terasa lebih ringan dari sebelumnya.

Cookies & Cream hadir sebagai simbol keberanian. Teksturnya renyah, krimnya halus, seolah membisikkan bahawa hidup selalu punya ruang untuk kemanjaan.
Nutty Hazel pula tampil dengan aroma coklat dan kacang yang membawa kehangatan, sesuai untuk mereka yang mencari rasa mendalam namun tetap ringkas.
Strawberry Jelly mengembalikan letupan rasa zaman kanak-kanak; warnanya cerah, auranya riang, seolah melompat keluar dari kotak memori.
Apple Glaze memberi putaran baharu: manis yang berlapis keasidan lembut, dihiasi potongan jeli epal yang menyerikan gigitan pertama.
Cocoa Delight menjadi penanda klasik yang tak pernah lapuk, halus dan konsisten, seperti sahabat yang selalu tahu bila kita perlukan pelukan kecil untuk meneruskan hari.


Setiap donut dihasilkan dengan bahan premium dari Eropah: coklat Belgium, mentega kaya, vanila Madagascar dan bebas perisa tiruan. Ada kejujuran di sebalik setiap resipi, yang membuatkan kemewahan rasanya terasa luas tetapi tetap bersahaja.
Shell Café, dengan visi menjadikan setiap persinggahan sebagai tempat untuk “recharge”, mengukuhkan kehadirannya sebagai lokasi makanan segar berkualiti. Kata Seow Lee Ming, General Manager Mobility Shell Malaysia, setiap produk mereka bukan hanya untuk dimakan, tetapi untuk dinikmati kerana kadangkala kita lupa bahawa perjalanan hidup pun memerlukan sela untuk bertenang dan merayakan detik kecil.

Sebagai meraikan pelancaran ini, Shell Café memberikan hadiah yang menyenangkan: beli mana-mana dua donut, anda akan menerima minuman percuma: sama ada Americano, Teh Tarik atau Iced Lemon Tea. Bagi ahli Shell App pula, ganjaran “Buy 5, Free 1” menanti, seakan pujukan lembut untuk kembali menikmati rasa manis yang memanggil dari jauh.
Setiap kunjungan kini bukan lagi sekadar mengisi petrol, tetapi mengembalikan sedikit cahaya ke harimu melalui 5 donut yang mampu mengubah sebuah persinggahan kecil menjadi pengalaman yang terasa istimewa.