
oleh: zizi hashim
Aroma yang mengembang sejak di pintu masuk Restoran Rebung seolah mengajak jiwa kembali menjejak kenangan, seakan melangkah semula ke serambi kampung yang pernah menyimpan tawa dan kisah keluarga. Ada sesuatu yang menyentuh perasaan apabila sebuah tempat makan mampu memanggil kembali memori yang tidak pernah sengaja kita simpan.
Restoran Rebung Chef Ismail mengumumkan Bufet Hari Raya 2026 dengan cara yang cukup memikat; bukan hanya sebagai jamuan, tetapi sebagai suatu perjalanan kulinari yang mengikat rasa, nostalgia dan kehangatan. Seperti kata pembuka yang dipetik daripada pengumuman rasmi mereka.
"Bunga cempaka harum semerbak,
Bayu berpuput di laman desa;
Ke Restoran Rebung Chef Ismail langkah diarak,
Juadah pasar malam pengikat rasa.”




Ungkapan itu seakan mengilhamkan suasana yang menenangkan, pertemuan antara tradisi Melayu dan semangat perayaan yang kembali bersemi setiap kali Syawal menjengah.
Bufet Hari Raya kali ini membawa gabungan hidangan Bufet Lunch dan Dinner, dilengkapi pula dengan tempahan menu raya yang menjadi nadi kemeriahan: Lemang yang lembut, Ketupat Palas yang melambangkan kesabaran pembuatnya, Rendang yang pekat dan kaya rempah, serta pelbagai juadah lain yang sering kita nanti-nantikan bila bulan kemenangan tiba. Setiap hidangan terasa seperti serpihan cerita yang diwarisi daripada generasi ke generasi.
Promosi ini berlangsung dari 27 Mac hingga 18 April 2026, dan dibuat dalam tiga sesi setiap hari —
• 11:00 pagi – 2:00 petang
• 3:00 petang – 6:00 petang
• 7:00 malam – 10:00 malam




Fleksibiliti masa ini menjadikan Rebung pilihan ideal untuk keluarga, rakan sekerja, bahkan organisasi yang ingin berkumpul dalam suasana penuh santai dan mesra. Pengunjung mempunyai kelonggaran untuk memilih waktu yang paling meriah buat mereka, samada datang awal untuk menikmati ketenangan tengah hari, ataupun hadir pada sesi malam yang sering penuh dengan gelak tawa dan kehangatan keluarga.
Harga bufet turut ditawarkan pada kadar yang sangat bersahabat:
• RM79+ untuk dewasa
• RM59+ untuk kanak-kanak (5–12 tahun)
Tambahan pula, seluruh pengalaman menjadi lebih mudah dengan sistem pembayaran yang pelbagai: tunai, kad kredit, kad debit, AMEX, dan yang paling memudahkan untuk sektor awam: e-Perolehan. Restoran juga mengingatkan bahawa harga dan menu tertakluk kepada perubahan mengikut ketetapan mereka, sesuatu yang lumrah bagi restoran yang kreatif dan sentiasa berkembang.




Di sebalik semua ini, ada sesuatu yang lebih lembut terasa iaitu perasaan seperti duduk bersama keluarga besar yang sudah sekian lama tidak bertemu. Makanan bukan hanya mengenyangkan, tetapi menghidupkan bahagian dalam diri yang sering terlupa. “Juadah Pasar Malam” juga memberi kehangatan yang sukar dijelaskan, kerana ia menggabungkan rasa rakyat, warisan Melayu, dan cinta pada tradisi.
Saat melangkah pergi, ungkapan pada helaian terakhir, “Selamat Menjamu Selera”, terasa seolah salam yang dititipkan ikhlas daripada hati Rebung sendiri. Lembut, tulus dan penuh makna. Ramadan selalu mengajarkan kita tentang pulang. Bukan hanya kembali kepada Tuhan, tetapi juga kepada diri sendiri, kepada keluarga, kepada memori yang pernah menggembirakan kita. Rebung tahun ini memilih menjadi jambatan kepada semua itu.





Sebuah pelawaan yang halus, namun sarat makna. Sebagai seseorang yang selalu mencari kehangatan dalam makanan, bufet ini terasa seperti pintu yang membawa kita kepada rasa yang pernah menyembuhkan. Bukan sahaja tentang juadah, tetapi tentang emosi lembut yang muncul tiba-tiba. Memori tentang tangan yang pernah menghiris bawang, tentang suara yang memanggil kita duduk di meja makan, tentang kasih yang tidak pernah habis ditadah. Ramadan dan Syawal adalah musim pulang ke akar. Restoran Rebung, pada tahun ini, memilih untuk menjadi pengantara kepada rasa-rasa itu supaya kita dapat menyentuh kembali bahagian diri yang kadang kita terlupa.

Untuk tempahan katering, sila hubungi:
Kuala Lumpur: Encik Hafiz di talian 017-778 7895
Putrajaya: Cik Jannah di talian 014-508 2996

Restoran Rebung: Chef Ismail Kuala Lumpur
Telefon : 03-2276 3535 | 03-2276 2525
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com

Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya
Telefon : 011-6743 5355 | 011-6745 3535
Email : rebung.putrajaya@gmail.com

Foto Kredit: Amber Chan