Jelajah 5 Rasa MiCasa: Ramadan Menghubungkan Citarasa, Warisan dan Kelembutan Jiwa

oleh: zizi hashim

Seberkas haruman rempah mula bergeser lembut sebaik sahaja melangkah ke ruang Shiso Dining, seolah-olah Ramadan sedang membuka pintunya perlahan. MiCasa All Suite Hotel memilih tahun 2026 untuk menghadirkan sebuah pengalaman berbuka yang tidak hanya memuaskan selera, tetapi memeluk kembali memori nostalgia dapur Asia, diolah semula melalui tangan Chef Adrian dan pasukan kulinari yang merayakan lima negara serantau: Melayu, Cina, India, Thailand dan Indonesia.

Konsep Sajian 5 Rasa bukan sekadar susunan menu; ia sebuah perjalanan indera. 'Kerabu Maggi' yang ceria, 'Kerabu Kerang Tauge' yang renyah, 'Som Tam' yang memetir lidah, dan 'Gado-Gado Indonesia' yang sarat tekstur, semuanya memperkenalkan pembuka selera sebagai pintu masuk kepada landskap kulinari Asia Tenggara. Dengan kerjasama Mahsuri Dagang Sdn. Bhd., rasa autentik menjadi nadi utama hidangan, memelihara keaslian resipi tanpa menutup ruang kreativiti.

Tentu saja, Ramadan tidak lengkap tanpa juadah yang memanggil jiwa. 'Sup Gearbox' yang kembali atas permintaan ramai menyeruak kehangatan yang membalut tubuh setelah seharian berpuasa. 'Lautan Makanan Laut' yang segar menghimpunkan kemewahan laut ke satu pinggan, sementara pilihan 'Sup Krim Jagung & Isi Ketam' atau 'Sup Labu & Bayam' menawarkan kehalusan tekstur yang lebih lembut.

Tidak berhenti di situ, Stesen Carving menanti dengan 'Kambing Panggang' yang diperap rempah Mahsuri; hirisannya seakan menjadi simbol kemewahan iftar. Di hujung meja pula berdiri manisnya “Locing Thai”, pencuci mulut mini yang unik dan menjadi kejutan baharu bagi para tetamu.

Ruang India menjadi pentas kecil yang memukau. Tepukan penonton sering kedengaran apabila chef mula menebar Roti Canai dan Roti Boom dengan ritma yang memikat. Murtabak pula hadir dengan inti yang pekat dan bersahaja, seakan membawa pulang kenangan bazar Ramadan yang selalu meriah. Di sisi lain, Cucur Bakwan dan Pisang Goreng yang bergula perang mencipta nostalgia snek petang di kampung halaman.

Sesi manisan tetap menjadi babak paling dinanti: puluhan kuih tradisi tersusun bagai palet warna, ABC dan Cendol yang menyegarkan tekak, serta Pulut Mangga yang menggabungkan manis tropika dan kelembutan beras wangi. Seteguk Teh Tarik panas melengkapkan ritus berbuka dengan sentuhan Malaysia yang tulen.

MiCasa All Suite Hotel bukan sahaja menawarkan santapan; suasananya sendiri membina rasa tenteram. Ruang makan luas dan hangat menjadikan tempat ini persinggahan sempurna untuk keluarga, rakan sekerja, atau kumpulan besar yang ingin merayakan kebersamaan Ramadan. Trend iftar di hotel yang semakin meningkat di Malaysia sejak beberapa tahun belakangan turut menunjukkan bagaimana hotel kini menjadi pusat komuniti yang menghidupkan semangat berkumpul dan menikmati hidangan berkualiti.

Tarikh: 26 Februari – 17 Mac 2026
Masa: 6.30 petang – 10.00 malam
Harga: RM148 (dewasa), RM98 (warga emas & kanak-kanak 5–12 tahun)
Early Bird:
– RM98 (28 Nov 2025 – 10 Jan 2026)
– RM128 (11–31 Jan 2026)

Untuk tempahan, pengunjung boleh menghubungi Shiso Dining di +6017-219 6126 atau e-mel fnbkul@micasahotel.com. Tempahan berkumpulan turut disokong oleh Jabatan Jualan di +6014-757 9866. Surau dan parkir RM5 turut disediakan untuk kemudahan para tetamu.

Apabila Ramadan kembali membawa renungan dan kelembutan hati, MiCasa All Suite Hotel mengundang kita merayakan keberkatan itu melalui jelajah lima rasa, sebuah pengalaman kulinari yang mempersatukan warisan, keharmonian dan keindahan berbuka.

Foto Kredit: MegatzRevieW