Bahasa Enam Tali Jadi Nadi, 'The Grand Slam Unplugged 2' Kembalikan Magis Sebuah Sejarah Yang Pernah Tercipta

Dua dekad selepas mencipta sejarah menerusi persembahan unplugged yang menjadi antara kenangan paling manis dalam perjalanan muzik tempatan, Slam kembali menghidupkan magis tersebut menerusi The Grand Slam Unplugged 2. Berlangsung dalam suasana yang sarat nostalgia, konsert ini menyatukan semula peminat yang membesar bersama lagu-lagu seperti Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Diperkukuhkan dengan susunan muzik akustik yang lebih matang, permainan gitar bertaraf tinggi serta vokal Zamani yang masih menyimpan keajaiban tersendiri, malam itu menjadi sebuah perayaan cinta, kenangan dan legasi yang terus hidup merentasi generasi...

Read More  

Dibuai Retrospektif Dua Sahabat 'Slam X Exists: Our Journey' Yang Sarat Nostalgia

Terbuai dek retrospektif kenangan dan emosi yang menggetarkan, gabungan 2 legenda muzik tanah air, Slam dan Exist, dalam satu malam yang menghimpunkan ribuan peminat setia, membuka ruang untuk menyelami semula bait-bait lagu yang pernah menjadi nadi hidup. Dari duet megah Ezad dan Zamani hinggalah ke nyanyian solo yang menggetar jiwa, setiap lagu menjadi cermin kepada kisah silam, cinta pertama, dan rindu yang tak pernah padam. Dengan persembahan visual dan bunyi yang cemerlang, serta interaksi penuh jiwa bersama penonton, konsert 'Slam X Exists: Our Journey' adalah testimoni bahawa muzik dari hati akan sentiasa menemukan jalannya pulang, ke hati yang pernah memilikinya...

Read More