Konsert Silang Negara Paling Energetik 2025 Raikan Persahabatan 'Nidji X Bunkface'

Berlangsung hampir 3 jam dengan energi dan emosi yang tidak putus, 'Nidji X Bunkface' mengikat kenangan penonton merentasi sempadan dan generasi. Bunkface membuka tirai dengan set bertenaga yang memperlihatkan kematangan mereka selepas lebih dua dekad berkarya, disokong lagu-lagu ikonik yang terus hidup dalam ingatan kolektif peminat. Nidji pula membawa nuansa lebih emotif melalui seleksi lagu yang membangkitkan rasa harapan, cinta dan persahabatan, sekali gus menghidupkan hubungan emosional antara band dan penonton. Susunan lagu yang teratur, sistem audio berkualiti tinggi serta interaksi jujur kedua-dua kumpulan menjadikan konsert ini pengalaman kolektif yang menyatukan pelbagai lapisan usia. Malam tersebut mengesahkan bahawa muzik Nusantara masih relevan dan berkuasa, tanpa perlu bersandar pada gimik berlebihan...

Read More  

Gema Muzik Kebersamaan Menjadi Bahasa Roh Di Suatu Malam 'Jiwa Kacau 2025'

Di satu malam yang penuh warna, semangat dan emosi, barisan artis Malaysia dan Indonesia berhimpun di Stadium Hoki Bukit Jalil demi menjayakan konsert 'Jiwa Kacau 2025'. Persembahan bermula dengan semangat baharu oleh The Lantis, diikuti alunan puitis Hujan dan jenaka sinis Spider. Kerispatih menyentuh jiwa dengan balada sarat emosi, sebelum Bunkface menggegarkan pentas dengan lagu-lagu penuh adrenalin. Wali Band menutup malam dengan irama ceria yang menyatukan penonton dari 2 negara. Kemunculan mengejut Fattah Amin serta pelancaran rasmi NEX turut mencuri perhatian. Komuniti Geng Galau pula diberi ruang untuk menyerlahkan suara anak muda. Jiwa Kacau 2025 terbukti sebagai lebih daripada konsert, ia adalah pengalaman kolektif yang menyatukan rasa, menyambung suara, dan menyalakan semangat dalam setiap hati yang hadir...

Read More  

Konsert Jiwa Malaysia 2024 Jadi Platform Ekspresi Cinta Negara

September datang, dengan nuansa cinta yang lebih besar, memberi kobar semangat pada Konsert Jiwa Malaysia yang menaruh kepercayaan dan tanggungjawab pada 6 band terbaik tanahair bersama seorang solois mewakili jiwa Malaysia. Sasaran 15,000 khalayak yang hadir tepat mengena, memperkuatkan ekspresi cinta negara dan mencipta momen bahagia...

Read More