Karnival Jom Heboh Sarawak Kembali, Kota Samarahan Jadi Tumpuan 3 Hari

Gelombang kemeriahan bakal kembali menyapa bumi Kenyalang apabila Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026 berlangsung di Kota Samarahan selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026. Memasuki tahun ke-23 penganjurannya dan diiktiraf sebagai "Longest Running Outdoor Carnival" oleh The Malaysia Book of Records, karnival ini terus menjadi destinasi utama keluarga Malaysia. Dengan kerjasama strategik Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), pengunjung bakal menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk Jom Heboh Fun Run, Love Food Fest, pertandingan, sesi bertemu artis, reruai interaktif serta Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan artis popular tanah air. Lebih daripada sebuah karnival, KJH terus menjadi lambang perpaduan komuniti, hiburan dan gaya hidup dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan...

Read More  

Riang Ria di Petra Jaya: Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Lakarkan Memori Luar Biasa

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak melabuhkan tirai dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, dari 5 hingga 7 September 2025. Acara 3 hari ini merangkul pelbagai kaum dan generasi, menampilkan lebih 100 reruai interaktif merangkumi hiburan, gaya hidup, sukan dan kesihatan. MTCP bersama agensi berkaitan memperkenalkan tarikan pelancongan serta budaya tempatan, sementara program rohani “Sembang Santai” sempena Maulidur Rasul menambah nilai kerohanian. Studio Tonton Drama Sangat, pertandingan Ratu Etnik, dan penampilan artis Media Prima menjadi tumpuan ramai. Konsert U Mobile selama dua malam menggamatkan suasana dengan persembahan artis ternama meski hujan turun. KJH Sarawak turut mencatat impak ekonomi melebihi RM15 juta, menjadikannya pesta keluarga paling berpengaruh di Malaysia...

Read More  

Jom Heboh Kembali ke Sarawak, Riuhnya Segulai Sejalai Jiwa Borneo Di Petra Jaya!

Kembali menggamatkan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching dari 5 hingga 7 September 2025! Menjanjikan hujung minggu penuh hiburan, karnival ini menampilkan Konsert Jom Heboh dua malam berturut-turut bersama barisan artis popular tanah air seperti Lan Solo, Marsha Milan, Datuk Aishah, Floor 88, Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan ramai lagi. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan karaoke, bola sepak jalanan, Spin Fighters Challenge, Soopa Doopa, Zumba, pemeriksaan kesihatan percuma serta Love Food Festival dengan hidangan viral kegemaran ramai. Tidak ketinggalan, Studio Tonton Drama Sangat menampilkan selebriti drama TV3, sementara Kedai Jom Heboh menawarkan barangan eksklusif. Sertai ribuan pengunjung dan raikan segulai sejalai di Kuching!

Read More