Spritzer Sambut Tahun Baharu Cina 2026 Menerusi ‘Unstoppable Love’, Kisah Cinta, Keluarga dan Pilihan Lebih Sihat

oleh: zizi hashim

Musim perayaan sering menjadi ruang untuk kembali memeluk makna yang kerap terabai iaitu keakraban, penerimaan dan harapan baharu. Tahun Baharu Cina 2026 diraikan Spritzer dengan pendekatan yang sarat emosi, mempertemukan kisah kemanusiaan, pengalaman perayaan dan kesedaran terhadap pilihan hidup yang lebih seimbang. Menerusi kempen ini, jenama air mineral terkemuka Malaysia itu mengajak setiap keluarga merayakan detik kebersamaan dengan lebih bererti, tanpa mengabaikan kesejahteraan tubuh.

Kesedaran terhadap pengambilan gula serta kepentingan kesihatan holistik kian meningkat. Spritzer menegaskan komitmennya sebagai pelengkap setia di meja perayaan sama ada melalui Air Mineral Semula Jadi yang kaya dengan silika, atau Spritzer Sparkling tanpa gula, pemanis dan kalori. Setiap botol menjadi lambang keprihatinan, seolah-olah menyampaikan pesan halus bahawa kasih sayang juga terzahir melalui apa yang disajikan kepada insan tersayang.

Bagi mengangkat makna cinta dan hubungan kekeluargaan yang merentasi zaman, Spritzer mempersembahkan filem pendek berjudul ‘Unstoppable Love’. Karya ini menampilkan Dior (大穎) dan Joseph Lee (Jobroseph) sebagai dua pasangan moden yang pulang menyambut perayaan bersama keluarga. Pertemuan sederhana itu berubah menjadi pengembaraan lintas masa, menghubungkan masa kini dengan era silam lalu menyingkap hakikat bahawa nilai cinta dan kekeluargaan tetap lestari walau dunia terus berubah.

Disampaikan dengan humor santai dan sentuhan emosi, kisah ini berpotensi menghangatkan jiwa serta mencetuskan perbualan sepanjang musim perayaan. Filem tersebut boleh ditonton menerusi laman web rasmi dan saluran YouTube Spritzer. Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan, berkongsi bahawa ‘Unstoppable Love’ mencerminkan realiti kebanyakan keluarga. Cinta tidak selalu hadir dalam bentuk yang mudah, manakala penerimaan memerlukan kesabaran.

Namun, keikhlasan mampu merapatkan jurang antara generasi, menjadikan Tahun Baharu Cina bukan sekadar ritual tahunan, tetapi titik mula untuk menyulam kembali hubungan yang mungkin renggang. Melalui pilihan minuman yang lebih menyegarkan dan menyihatkan, Spritzer berusaha mencipta detik bermakna, sama ada di jamuan perayaan, sebagai buah tangan, atau ketika berbual mesra.

Kemeriahan ini turut dipanjangkan melalui siri jelajah interaktif Tahun Baharu Cina yang berlangsung dari 4 hingga 8 Februari 2026 di Aras 2, Pavilion Bukit Jalil, berhadapan Tsutaya Books Malaysia. Pengunjung berpeluang menyertai sesi ramah mesra bersama Dior dan Joseph Lee (Jobroseph), mencuba permainan interaktif, menikmati promosi eksklusif serta sampel produk, mewujudkan suasana perayaan yang inklusif bersama keluarga dan rakan.

Bagi melengkapkan musim ini, Spritzer memperkenalkan Botol Air Mineral Semula Jadi 250ml Edisi Terhad Tahun Baharu Cina, hadir dengan tiga rekaan label unik. Diperkaya secara semula jadi dengan silika, botol ini menyokong kesihatan kulit, rambut dan kuku sambil memastikan hidrasi optimum sepanjang perayaan. Untuk penggemar minuman berkarbonat, Spritzer Sparkling menawarkan pilihan tanpa pemanis dan tanpa kalori dalam perisa asli, lemon, serta perisa baharu garam laut & sitron.

Nilai perkongsian turut diraikan menerusi ganjaran pembelian: pembelian produk Spritzer bernilai RM18 melayakkan pengguna menerima Tuala Tangan Edisi Terhad, manakala pembelian RM38 menawarkan Mangkuk dan Penutup Edisi Terhad Tahun Baharu Cina di kedai terpilih. Selain itu, pembelian bernilai RM18 turut membuka peluang menyertai aktiviti ‘Tear & Win’ dengan hadiah seperti kod tambah nilai Touch ‘n Go sehingga RM38 dan paket Ang Pau Spritzer.

Ketika Tahun Baharu Cina diraikan di seluruh negara, Spritzer menyampaikan mesej yang tegas dan jujur, cinta tidak mudah terhalang. Sama ada melalui kisah yang menyentuh, pilihan minuman yang lebih sihat, atau detik kebersamaan di siri jelajah, Spritzer terus berdiri sebagai jenama dipercayai yang memeriahkan perayaan dengan makna yang lebih mendalam.