“Semuanya Ekstra Ongsem!” Persiapan Tahun Baru Cina 2026 Lebih Nilai Dan Mempesonakan

oleh: zizi hashim

Serakan warna merah dan harapan tahun Kuda Api membuka tirainya dengan nafas baharu daripada Lotus’s Malaysia yang memperkenalkan kempen “Semuanya Ekstra Ongsem!”  satu usaha yang dirancang teliti untuk menjadikan persiapan Tahun Baru Cina 2026 lebih ringan, lebih bernilai dan lebih mempesonakan buat seluruh keluarga. Inisiatif yang dirangka bukan hanya untuk menurunkan harga, tetapi untuk memberi pengalaman perayaan yang penuh bermakna, praktikal dan memudahkan kehidupan seharian rakyat Malaysia. 

Falsafah ekstra yang disemai dalam kempen ini bukan sekadar tawaran harga, tetapi keprihatinan yang diterjemahkan menjadi pengalaman membeli-belah yang menyeluruh. Dari bahan masakan tradisi hingga pakaian keluarga, setiap elemen dirangka agar rakyat Malaysia dapat menikmati musim perayaan dengan ketenangan dan kelegaan. Lee May Li, Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia, menegaskan bahawa kempen tahun ini bertumpu pada “nilai praktikal”, yakni keseimbangan antara kualiti, harga dan kemudahan untuk membantu orang ramai melalui musim perayaan tanpa tekanan.

Bermula 1 Januari hingga 25 Februari 2026, pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 50% bagi lebih 1,500 barangan keperluan perayaan termasuk barangan runcit, hasil segar, kesihatan & kecantikan, kelengkapan rumah, fesyen dan peralatan elektrik. Antara sorotan utama termasuk Lotus’s Exclusives yang merangkumi beras premium Golden Lotus Jasmine Sun dan Royal Umbrella, serta minuman khas 300ml Alienergy dan Chi Forest. Untuk hidangan makan besar reunian, promosi seperti Buy 1 Free 1 dan Gift with Purchase memperkenalkan hasil segar premium seperti XXL prawns, abalone, sea cucumber dan bay scallops yang memberi rasa lengkap kepada menu perayaan.

Kemudahan membeli-belah juga diperluaskan menerusi CNY World, ruang pengalaman interaktif di 31 cawangan terpilih Lotus’s yang menampilkan aktiviti langsung termasuk sesi rasa makanan, demonstrasi masakan dan permainan jenama, menjadikan rutin membeli-belah lebih seronok dan berasa perayaan. Ganjaran yang ditawarkan turut mencuri perhatian: peluang memenangi sebahagian daripada dana hadiah bernilai RM700,000, termasuk BMW 2 Series Gran Coupé, Proton e.MAS 7 Premium SUV, JAECOO J7 SUV dan peralatan dapur Thermomix. Di samping itu, ahli My Lotus’s yang membelanjakan minima RM128 dalam satu resit berpeluang meraih tunai dan e-baucar sehingga total RM888,888 melalui permainan “Crack Golden Egg” di aplikasi mudah alih.

Kempen ini turut merangkumi jelajah My Lotus’s di 15 lokasi dengan penebusan hadiah percuma (pembelian minima RM228), serta kolaborasi eksklusif bersama KYO di enam stor terpilih yang memberi peluang menang iPhone 17 Pro Max, jongkong emas, peralatan Dyson dan ganjaran tunai melalui pembelian minima RM188 semasa roadshow. Tidak terhenti di situ, Lotus’s turut menyediakan sokongan pembelian pukal dan perniagaan (HoReCa) di beberapa lokasi seperti Puchong, Shah Alam, Jitra, Sungai Dua dan Desa Tebrau: perkhidmatan yang disediakan untuk membantu pengusaha hotel, restoran dan katering dalam persiapan perayaan.

Keseluruhannya, kempen Semuanya Ekstra Ongsem memberi peluang kepada pembeli Malaysia bukan sahaja untuk berjimat, tetapi juga merasai musim perayaan dengan lebih santai, kreatif dan menyeronokkan dengan aktiviti, hadiah serta pengalaman yang menjadikan persiapan Tahun Baru Cina bukan semata-mata rutin belian, tetapi sebuah kenangan manis yang dirakam bersama keluarga dan komuniti. 

Musim Tahun Baru Cina sentiasa menjadi ruang menyatukan generasi, dan tahun ini Lotus’s memilih untuk menghulurkan lebih daripada keperluan asas. Mereka memberi pengalaman, kelegaan dan peluang yang memaknai perayaan. Ekstra Ongsem bukan hanya motto, tetapi keikhlasan yang ingin dibawa ke setiap rumah.

Foto Kredit: Amber Chan & m3g4tzreview